{"id":2976,"date":"2024-09-04T00:18:58","date_gmt":"2024-09-03T16:18:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/?p=2976"},"modified":"2024-09-21T09:32:22","modified_gmt":"2024-09-21T01:32:22","slug":"keliru-cara-makan-ubat-semasa-berpuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/keliru-cara-makan-ubat-semasa-berpuasa\/","title":{"rendered":"Keliru Cara Makan Ubat Semasa Berpuasa?"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak berpuasa jika diambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan <\/span><b>status batal atau tidak batal puasa<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> jika mengambil ubat semasa berpuasa.<\/span><\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang <\/span><b>TIDAK membatalkan puasa <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">ialah:<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Tablet sublingual (bawah lidah) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Pendermaan, pemindahan darah atau pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Ubat jenis sapuan (krim atau salap), balutan dan plaster pada permukaan kulit.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Ubat kumur secara kumur (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat terapeutik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Rawatan boleh setempat atau separuh.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.<\/span><\/p>\n<ol start=\"2\">\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Terdapat <\/span><b>dua pendapat <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">bagi perkara-perkara yang disenaraikan di bawah sama ada ia membatalkan puasa atau tidak (Anda boleh memilih untuk berpegang kepada pendapat yang anda yakini)<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Penggunaan ubat semburan (semburan) hidung tanpa disedut hingga ke rongga belakang hidung.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Memasukkan sebarang tiub kecil (pessari) atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian dan pemeriksaan dalaman vagina wanita.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoskop atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<ol start=\"3\">\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> \u00a0 Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang <\/span><b>MEMBATALKAN puasa<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> ialah:<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Pengambilan ubat jenis biji dan ubat minum.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">o<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Penggunaan teropong usus (endoskop) atau teropong perut (gasteroskop) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Cara Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi mereka yang sakit, puasa bukanlah penghalang untuk meneruskan rawatan. Pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit. Pesakit juga harus<\/span><b> peka terhadap tahap kesihatan diri<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dan <\/span><b>perlu bersedia untuk berbuka puasa<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> sekiranya keadaan memerlukan. Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak diingini. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat-ubatan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut adalah panduan umum berkaitan pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika ubat yang biasanya diambil sebelah pagi, ubat berkenaan boleh diambil semasa bersahur. (Bagi ubat kencing manis, ia boleh diubah ke waktu berbuka puasa bagi mengelakkan kurang gula dalam darah iaitu <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">hipoglisemia<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan juga mengurangkan risiko dehidrasi)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika ubat diambil 2 kali sehari \u2013 boleh diambil semasa bersahur dan berbuka.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika ubat diambil 3 kali sehari \u2013 boleh dimabil semasa bersahur, berbuka dan sebelum tidur malam. Anda boleh juga berbincang dengan doktor anda jika terdapat alternatif lain yang setara kepada ubat dos 3 kali sehari.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika ubat perlu diambil lebih dari 3 kali sehari \u2013 Anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang alternatif lain atau sama ada wujud keringanan untuk anda tidak berpuasa sepanjang tempoh rawatan diambil.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Harap artikel ini dapat membantu anda lebih memahami tentang penggunaan ubat-ubatan semasa berpuasa.<\/span><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">Sumber rujukan:<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li><a href=\"http:\/\/www.myhealth.gov.my\/puasa-dan-ubat\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">http:\/\/www.myhealth.gov.my\/puasa-dan-ubat\/<\/span><\/a><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/www.mmgazette.com\/the-yes-no-of-medical-procedures-during-ramadhan-dr-siti-nurhayati-adznan\/<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa. Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang TIDAK membatalkan puasa ialah: o Menggunakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2983,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-2976","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-general"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2976","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2976"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2976\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2983"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.klinikajwa.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}