Family Planning

Dr Shazzmira

Klinik Ajwa Seksyen 7

Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana berminat untuk teruskan pembacaan disini. Ramai ibu yang tertanya-tanya berapa peratus keberkesanan implanon untuk merancang kehamilan.

Sebelum itu, saya terangkan secara ringkas apa itu implanon. Implanon adalah satu jenis kaedah merancang kehamilan di mana rod implant kecil berisi ubat dimasukkan di bawah kulit lengan. Ia adalah batang rod plastik fleksibel berukuran 4 cm yang melepaskan hormon yang di panggil etonogestrel, yang merupakan progestin. Hormon ini mencegah kehamilan dengan menghentikan ovulasi, meningkatkan lendir serviks untuk mencegah sperma daripada mencapai telur, dan menipiskan lapisan rahim.

Implanon sangat berkesan dalam mencegah kehamilan dan boleh bertahan sehingga tiga tahun sebelum perlu diganti. Ia adalah pilihan yang popular untuk wanita yang mahu kawalan kelahiran jangka panjang yang tidak perlu diambil setiap hari.

Kita berbalik pada pertanyaan ibu-ibu tentang tahap keberkesanan implanon, implanon mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Kekuatan keberkesanannya dianggarkan melebihi 99.9%, bermaksud kurang dari 1 daripada 100 wanita yang menggunakannya akan mengandung setiap tahun. Walaubagaimanapun, kadar kegagalan sebenar boleh sedikit berbeza bergantung kepada faktor seperti pemasangan dan pengeluaran yang betul, faktor kesihatan individu, dan interaksi ubat.

Implanon mencegah kehamilan terutamanya melalui pelepasan hormon yang dipanggil etonogestrel, yang merupakan jenis progestin. Progestin adalah versi sintetik hormon progesteron, yang dihasilkan secara semulajadi oleh ovari.

Cara Implanon berfungsi untuk mencegah kehamilan:

  1. Penghalang ovulasi :Implanon berfungsi dengan menghalang ovulasi berlaku, bermakna ia mencegah pelepasan telur dari ovari. Tanpa ovulasi, tidak ada telur yang tersedia untuk disenyawakan oleh sperma.
  2. Melikatkan lendir serviks :Implanon menyebabkan lendir serviks menjadi lebih tebal, menjadikannya lebih sukar bagi sperma untuk menembusi dan mencapai telur jika ovulasi berlaku.
  3. Penipisan lapisan Rahim : Implanon juga boleh menipiskan lapisan dinding rahim (endometrium), menjadikannya kurang sesuai untuk implantasi telur yang telah disenyawakan.

Dengan menggabungkan mekanisme ini, Implanon mencipta persekitaran dalam sistem pembiakan wanita yang sangat tidak menguntungkan untuk konsepsi dan kehamilan.

Bagaimanakan Implanon dimasukkan dan dikeluarkan ?

Pemasangan dan pengeluaran Implanon adalah mudah dan ia sepatutnya dilakukan oleh doktor. Berikut adalah gambaran umum tentang prosedur tipikal:

  1. Penyediaan : Doktor akan mula dengan menyemak sejarah perubatan anda dan membincangkan risiko dan manfaat Implanon. Mereka juga akan mengesahkan bahawa anda tidak mengandung.
  2. Implanon insertion : Doktor akan membersihkan kawasan kulit pada lengan (non dominant hand) anda di mana implant akan dimasukkan. Kemudian mereka akan menggunakan local Anaesthesia untuk membius kawasan tersebut bagi mengurangkan kesakitan semasa prosedur. Setelah kawasan itu kebas, doktor akan menggunakan aplikator khas untuk memasukkan implant Implanon tepat di bawah kulit lengan atas anda.
  3. Pengesahan : Selepas pemasangan, doktor akan memastikan bahawa implant terpasang dengan betul di bawah kulit dan bahawa ia boleh dirasai dengan jari untuk pengesahan.
  4. Compression bandage : Doktor akan meletakkan balutan kecil di atas tapak pemasangan untuk mengurankan kesan bengkak. Pengguna mungkin mengalami sedikit pembengkakan di tempat pemasangan selama 3-7 hari.
  5. Implanon Removal : Doktor akan mengesahkan penempatan rod, kemudian mereka akan menggunakan local anesthesia untuk membius kawasan bagi mengurangkan ketidakselesaan semasa prosedur. Mereka akan membuat belahan kecil di kulit lengan dan mengeluarkannya dengan menggunakan alat yang sesuai dan kemudiannya menutup belahan kulit tadi dengan glue stitch atau jahitan.

Prosedur keseluruhan biasanya hanya mengambil beberapa minit untuk diselesaikan dan biasanya boleh dilakukan di klinik/hospital kesihatan. Secara keseluruhan, Implanon dianggap top of the tier dari segi keberhasilan untuk mencegah kehamilan. Kaedah ini sangat popular dan jadi pilihan utama ibu-ibu diluar sana untuk mengawal kelahiran jangka panjang dan juga tidak perlu diambil setiap hari.

Dr Fatin Ilyani

Klinik Ajwa Seksyen 7

 

Wanita sekarang lebih memilih kaedah perancang kehamilan yang selesa dan efektif. Salah satu kaedah yang saya dapat syorkan adalah dengan tampalan. Salah satu brand yang saya recommend adalah Evra Patch yang ada di Klinik Ajwa. Patch ini amat sesuai untuk wanita yang tidak mahu kaedah suntikan atau pasang sebarang alatan perancang didalam badan. Secara ringkasnya, Evra patch adalah sejenis tampalan kontraseptif yang mengawal hormon kelahiran untuk wanita. Ia seperti pelekat kecil yang melekat pada kulit dan membebaskan hormon (estrogen dan progestin) ke dalam aliran darah untuk mencegah kehamilan. 

Cara Pemakaian:

Evra Patch biasanya dipakai pada bahagian bawah perut, punggung, lengan, bahu atau bahagian atas badan. Ia ditukar setiap minggu selama tiga minggu berturut-turut diikuti dengan satu minggu tanpa tampalan untuk membenarkan haid datang seperti kebiasaan. Fungsinya sama seperti pil perancang dengan menghalang ovulasi, memekatkan lendir serviks, dan menipiskan lapisan rahim.

Keberkesanan Evra Patch

Evra Patch dianggap sangat berkesan apabila digunakan dengan betul. Kadar keberkesanan tipikalnya adalah sekitar 91%. Walau bagaimanapun, dengan penggunaan yang sempurna (bermaksud tampalan digunakan dengan betul dan konsisten mengikut arahan), kadar keberkesanannya jauh lebih tinggi, sekitar 99%. Pengguna perlu mengikut arahan dengan betul, seperti menggunakan tampalan baharu setiap minggu dan memastikan kelekatan yang betul pada kulit.

Adakah Evra Patch Halal Dan Boleh Dibuka Untuk Mandi Wajib?

Ya, Evra Patch adalah halal dan tidak mengandungi kandungan yang haram, memabukkan atau bersifat kotor. Evra Patch juga boleh ditanggalkan buat sementara waktu jika seseorang perlu melakukan ritual mandi wajib, terutama bagi penganut beragama Islam atau sebarang bentuk mandi lain yang diperlukan untuk amalan agama atau budaya. 

Cara Mengurusnya: 

  1. Tampalan boleh ditanggalkan dengan teliti sebelum mandi. Ia harus dikupas dengan lembut untuk mengelakkan reaksi kepada kulit.
  2. Selepas menyelesaikan ritual mandi,  anda perlu melekatkannya semula secepat mungkin untuk mengekalkan keberkesanan kontraseptifnya. Jangan tanggalkan tampalan melebihi 48 jam. Jika ia telah ditanggalkan selama lebih daripada 48 jam, adalah penting untuk anda menyemak arahan atau berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan panduan tentang permohonan semula atau menggunakan kontraseptif sandaran. 

Kesan Sampingan Semasa Memakai:

  1. Sesetengah orang mungkin mengalami allergic reaction, kemerahan atau gatal-gatal di tapak di mana tampalan digunakan
  2. Perubahan kitaran  haid iaitu pendarahan tidak teratur atau tompokan antara haid, terutamanya dalam beberapa bulan pertama penggunaan
  3. Mungkin berasa sakit di payudara namun pada skala yg rendah dan tidak kerap
  4. Mungkin mengalami loya ringan, terutamanya semasa beberapa minggu pertama menggunakan Evra Patch
  5. Sakit kepala dan perubahan mood kadangkala boleh berlaku, tetapi ia biasanya ringan
  6. Sesetengah individu mungkin mengalami perubahan dalam keinginan seksual. 
  7. Evra Patch tidak menaikkan berat badan. Jika ianya berlaku, kenaikannya adalah sedikit (kenaikan berat badan adalah sangat jarang)
  8. Sakit perut, pening, keletihan dan ketidakselesaan faraj

Kebanyakan kesan sampingan ini biasanya ringan dan akan bertambah baik dari semasa ke semasa apabila badan menyesuaikan diri dengan hormon. Jika sebarang kesan sampingan berterusan, anda mesti merujuk semula dengan doktor anda. Evra Patch juga membawa sedikit peningkatan risiko komplikasi yang lebih serius seperti pembentukan darah beku, strok, atau serangan jantung, terutamanya kepada wanita merokok, obesiti, usia yang lebih tua, dll. 

Oleh itu, adalah penting untuk membincangkan sebarang kebimbangan dan sejarah perubatan dengan doktor anda sebelum memulakan Evra Patch atau sebarang kaedah kawalan kelahiran berhormon.

Dr Aniza

Klinik Ajwa Seksyen 7

 

Assalamualaikum, sihat semua? Pembacaan ini khas untuk wanita diluar sana yang kurang berkeyakinan untuk memakai IUCD. Sebut saja IUCD, mesti ramai wanita yang mula rasa seram dan ngilu. IUCD atau secara amnya adalah Intrauterine Contraceptive Device juga dikenali sebagai alat dalam rahim

Ia merupakan salah satu kaedah mencegah kehamilan jangka masa panjang yang berkesan dan mengurangkan insiden ‘unintended pregnancy’ terutamanya di kalangan wanita yang berisiko. Secara gambaran, ia di perbuat dari rod plastik yang mempunyai benang di hujung dan dimasukkan ke dalam rahim wanita melalui faraj. 

Terdapat 2 jenis IUCD di Malaysia :

  • Non hormonal (copper/kuprum)
    • Menghalang pergerakan sperma
    • Mengurangkan viability sperma dan ovum
    • Mekanisme: Lapisan dalam rahim akan mengalami keradangan dan ia menyebabkan telur yang disenyawakan tidak boleh melekat pada endometrium
    • Contoh : emultiload Cu 250, Cu 375, Cu 380

 

  • Hormonal (Levonorgestrel-LNg)
    • Jauh lebih berkesan berbanding non-hormonal iucd 
    • Mekanisme: Menghalang endometrium menebal, ia menyebabkan telur yang dah bersenyawa tidak sesuai untuk menempel
    • Contoh : Mirena

Untuk pemasangan, doktor akan mempertimbangkan dulu jika IUCD sesuai dengan keadaan anda. IUCD boleh dipasang bila-bila masa dengan syarat anda tidak hamil. 

Prosedur Memasukkan IUCD: 

  1. Ujian air kencing perlu dilakukan untuk memastikan tiada tanda-tanda kehamilan. 
  2. Doktor akan membuat pemeriksaan pelvic sama seperti kaedah yang dilakukan semasa Pap Smear. 
  3. Cecair antiseptic akan diberikan untuk membersih kawasan vagina bagi mengelak sebarang jangkitan. 
  4. Spektum akan dimasukkan untuk membuka dinding faraj bagi memeriksa faraj, serviks, rahim dan ovari—terutama kedudukan rahim.
  5. Doktor akan mengukur panjang dari serviks ke rahim.
  6. IUCD dimasukkan melalui serviks ke dalam rahim mengikut kedalaman yang diukur.
  7. Benang IUCD akan dipotong di bahagian bawah supaya hanya 1-2 inci dibiarkan tergantung di saluran faraj.

Prosedur pemasangan IUCD boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan sementara (bergantung kepada individu). Ia juga normal jika berlaku pendarahan seketika itu. Prosedur ini berlaku kira-kira 5 minit – 30 minit dan boleh dilakukan tanpa anestesia. Selepas pemasangan, berehat dahulu sebelum bersedia untuk pergi. 

Kesan sampingan IUCD boleh menyebabkan pendarahan luar biasa semasa haid samada haid lebih banyak, spotting atau tiada haid. Discaj dari vagina kemungkinan bertambah dari biasa. 

IUCD dikatakan sangat berkesan kerana kurang dari 1 kehamilan per 100 wanita pada tahun pertama penggunaannya (0.8 %). Tetapi keberkesanan bergantung pula pada jenis IUCD yang dimasukkan. IUCD jenis copper berkesan selama 3 hingga 10 tahun bergantung kepada kandungan kuprum. Di Klinik Ajwa, kami menggunakan jenama Monalisa multiload Cu 375 yang berkesan selama 5 tahun manakala LNg-IUCD berkesan untuk 5 tahun. 

Ramai wanita memilih kaedah IUCD kerana lebih jimat kos, tidak perlu kerap ke klinik untuk rawatan susulan dan tidak menganggu keselesaan semasa hubungan intim. Tahap kesuburan akan kembali pada asal sebaik sahaja IUCD(Copper) dikeluarkan. Ia juga bagus untuk melindungi dari kanser endometrium. Anda disarankan untuk berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat tentang pemilihan kaedah IUCD. 

Dr Aleya

Klinik Ajwa Seksyen 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Terima kasih kerana terus berminat untuk mengenali kaedah merancang kehamilan bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Pengisian ini khas untuk ibu-ibu yang baru saja melahirkan cahaya mata dan ada ‘plan’ nak merancang. Selain menggunakan kaedah alatan atau suntikan untuk mencegah kehamilan, penyusuan badan juga adalah salah satu kaedah merancang.

Penyusuan secara berterusan dan kerap sebagai kaedah merancang dipanggil Lactational Amenorrhea (LAM). Ia berfungsi dengan cara melambatkan haid anda semula. Jika anda sedang menyusukan bayi bermakna anda telah melakukan perancang kehamilan di awal kelahiran bayi anda.

Keberkesanan kaedah LAM dikatakan sebanyak 98%. Namun, ia akan berkesan jika :

  • Ibu belum mendapat haid selepas bersalin
  • Bayi berumur kurang dari 6 bulan
  • Exclusive breastfeeding —– hanya memberi susu ibu sahaja untuk setiap sesi penyusuan tanpa dicampur susu formula ataupun air

Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara ekslusif, penyusuan akan menjadi kurang efektif untuk dijadikan sebagai pencegah kehamilan. Anda boleh mula menggunakan kaedah-kaedah lain yang tidak menjejaskan susu ibu dan selamat selepas melahirkan bayi. Antaranya :

  • Kondom
  • Diaphragm
  • Spermicide
  • IUD ( Alat mencegah kehamilan dalam Rahim ) tanpa hormon
  • Vasectomy
  • Tubal ligation

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah-kaedah perancang yang mengandungi hormon progestin. Hormon progestin selalunya tidak menjejaskan penghasilan susu ibu tetapi untuk mencegah sebarang risiko, digalakkan guna selepas 6 minggu selepas bersalin.

  • Minipill (pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja)
  • Suntikan depo
  • Implanon

Boleh juga cuba kaedah-kaedah lain (mengandungi hormon estrogen). Cuma kaedah ini dapat mengurangkan penghasilan susu ibu

  • Combined oral contraceptive iaitu pil perancang yang mengandungi kedua-dua progestin dan estrogen
  • Kaedah suntikan yang mengandungi kedua-dua hormon progestin dan estrogen

Untuk ibu yang sedang menyusukan bayi, digalakkan untuk menggunakan selepas 6 bulan selepas bersalin, jika ibu memilih cara ini sebelum 6 bulan selepas bersalin, ibu tetap digalakkan untuk terus menyusukan bayi memandangkan banyak khasiat terkandung dalam susu ibu.

Diharap pembacaan ini dapat memberi manfaat dan ilmu terutama kepada insan yang kali pertama bergelar ibu. Saya nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum ambil apa-apa keputusan berkaitan kaedah perancang bersesuaian dengan anda. 

Terima kasih.

Dr Nor Shazana

Klinik Ajwa Seksyen 7

Jenis-jenis Pil Perancang Kehamilan Yang Mommies Perlu Tahu 

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu kaedah hormonal yang kerap digunakan. Hormon yang digunakan dalam pil perancang ialah hormon sama yang terlibat dalam sistem reproduktif wanita. Dua jenis hormon tersebut ialah hormon dari kumpulan estrogen dan kumpulan progesteron.

Terdapat dua kumpulan pil perancang kehamilan yang utama dalam pasaran. 

1ST : Hormon kumpulan progesteron sahaja (POP). 

2nd : Kombinasi kedua-dua hormon kumpulan estrogen dan progesteron (COC).

ESTROGEN + PROGESTERON ( COC ) 

Cara Pakai 

Keberkesanan

Kesan sampingan

– Mula mengambilnya pada hari Ahad pertama selepas haid. 

Biasa 91%

– loya, muntah-muntah, sakit kepala

– Jika hari pertama haid jatuh pada hari Ahad, pil tersebut hendaklah diambil pada hari yang sama. 

99% jika diambil dengan masa yang tetap dan sempurna

– spotting atau berlaku pendarahan antara haid

– Penetapan satu hari yang khusus ini untuk memudahkan pengguna mengingati hari pertama setiap kitaran sekaligus mengelakkan pengguna tertinggal dos.

 

– peningkatan berat badan 

– 21 pill @ 28 pill 

 

– perubahan kepada payudara

  

– tekanan darah tinggi

  

– pembentukan gumpalan darah dalam salur darah di kaki dan paru-paru

PROGESTERON ( POP ) 

Cara Pakai 

Keberkesanan

Kesan sampingan

– Sama seperti COC

Biasa 91%

– loya, muntah-muntah, sakit kepala

– 28 pill

97% jika diambil dengan masa yang tetap dan sempurna

– spotting atau berlaku pendarahan antara haid

– Boleh digunakan 24 jam selepas bersalin/keguguran 

 

– perubahan kepada payudara

– boleh digunakan pada wanita yang ada masalah berikut : 

  1. Risiko darah beku
  2. Migrain
  3. Penyakit Jantung
  4. Menyusukan anak 
  

Pil Kecemasan 

Levonorgestrel

Ulipristal acetate 

– Berkesan dalam masa 72 jam atau 3 hari selepas seks yang tidak dilindungi.

– Berkesan dalam masa 120 jam atau 5 hari selepas seks yang tidak dilindungi

– kurang berkesan untuk wanita yang beratnya melebihi 70kg.

–  Bagi mereka yang mempunyai berat badan tidak melebihi  88.5kg

– dikumuhkan ke dalam susu ibu

– dikumuhkan ke dalam susu ibu

– jarakkan penyusuan bayi sekurang-kurangnya 8 jam selepas pengambilannya

– sepanjang tempoh 36 jam selepas pengambilan pill, susu badan perlu dipam keluar dan dibuang. 

– Contoh: Escapelle , Postinor

Contoh: Ella

Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang pil yang bersesuaian dengan anda.