Secara ringkasnya, MGTT adalah singkatan nama untuk Modified Glucose Tolerance Test. Ia lebih popular dengan prosedur “minum air gula”. Ia dilakukan untuk mengesan sama ada ibu menghidap Gestational Diabetes Mellitusi atau penyakit kencing manis semasa mengandung. Jika dikesan lebih awal, ia dapat membantu doktor untuk memberi rawatan sewajarnya bagi mengelakkan komplikasi ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
Bacaan normal untuk MGTT adalah kurang 5.1 mmol/l untuk bacaan puasa, dan kurang 7.8 mmol/l untuk bacaan 2 jam selepas minum air gula.
PROSEDUR MGTT
Ujian MGTT kini wajib dibuat oleh ibu hamil yang mempunyai kategori berikut :
Jika bacaan ujian MGTT yang pertama adalah normal, ujian MGTT yang kedua akan diulang semasa kandungan mencecah antara 24 ke 28 minggu. Selepas bersalin, ibu yang menghidap GDM perlu menjalani ujian MGTT semula, 6 minggu selepas melahirkan anak. Ini adalah untuk mengenalpasti sama ada ibu tersebut masih mempunyai penyakit kencing manis atau tidak selepas proses kelahiran. Jika keputusan ujian MGTT 6 minggu selepas bersalin adalah normal, ujian darah secara berkala atau tahunan perlu dilakukan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tiada alasan lagi untuk tidak buat ujian MGTT sebab sekarang di Klinik Ajwa ada air gula berperisa blackcurrant. Untuk prosedur ini, boleh buat appointment atau walk-in sahaja di klinik kami yang berdekatan dengan anda.
Hi semua, saya Dr Afifah akan membincangkan topic vaksin Tdap (Tetanus, Diphteria and Petusis combined vaccine) untuk wanita hamil.
Petusis atau batuk kokol merupakan penyakit berjangkit daripada kuman Bortenella Pertusis . Ia menyebabkan masalah penafasan kepada pesakit yang menghidapinya.
Antara komplikasi penyakit batuk kokol adalah ia boleh menyebabkan penafasan berhenti secara tiba-tiba (apnea), jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), kesukaran untuk makan disebabkan batuk yang teruk, sawan (seizures) dan ia juga boleh membawa maut.
Kajian menunjukkan batuk kokol paling berisiko untuk kanak –kanak berusia 3 bulan ke bawah dan kanak- kanak yang tidak menerima vaksinasi wajib mengikut usia1. Kanak-kanak yang baru lahir hanya boleh diberikan vaksin batuk kokol (DTaP) pada usia 2 bulan ke atas, menyebabkan mereka terdedah kepada risiko jangkitan daripada ahli keluarga dan penjaga. Oleh sebab itu, langkah pencegahan dengan memvaksinasi vaksin batuk kokol (Tdap) pada wanita hamil diperkenalkan bagi melindungi golongan berisiko tinggi ini.
Langkah memvaksin wanita hamil ini membolehkan bayi menerima imunisasi (Ig G) terhadap batuk kokol secara pasif (passive immunity) daripada ibu mereka (transplacenta) sebelum mereka boleh menerima vaksin in pada usia 2 bulan.
Jadual vaksinasi kebangsaan untuk kanak-kanak.
Vaksin Tdap mengandungi tetanus toxoid, diphteria toxoid dan acellular petusis .Wanita hamil memerlukan 1 suntikan sahaja. The American College of Obstetrician and Gynecologist(ACOG) menyarankan agar vaksinasi diberikan pada 27th hingga 36th minggu kehamilan2. Beberapa kajian menunjukkan pemberiaan vaksin ini seawal pada 13 minggu kehamilan memberikan tahap imunisasi yang lebih tinggi3 .
Terdapat 2 jenama vaksin ini yang boleh didapatkan di Malaysia : Adacel (Sanofi Pasteur) dan Boostrix (GSK)
Adacel (Sanofi Pasteur) dan Boostrix (GSK)
Wanita yang hamil digalakan untuk mengambil vaksin ini untuk melindungi diri dan bayi. Sebarang petanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai perubatan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.
Rujukan:
Adakah bahaya kencing manis semasa hamil? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan? Ini antara persoalan-persoalan yang sentiasa difikiran ibu yang sedang hamil.
Apa itu Gestational Diabetes Mellitus (GDM)?
Gestational diabetes mellitus (GDM) adalah suatu keadaan di mana paras gula darah yang meningkat semasa mengandung dan kebiasaannya hilang selepas kelahiran. Keadaan ini boleh berlaku pada mana- mana peringkat kehamilan (trimester), namun ia lebih kerap muncul sewaktu trimester kedua dan ketiga.
Bagaimanakah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) boleh berlaku?
Pembesaran placenta yang menghasilkan lebih banyak hormon penghalang seperti kortisol/ estrogen/human placental lactogen menyebabkan berlakunyan rintangan dalam fungsi dan keberkesanan insulin.
Hal ini menyebabkan organ pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengatasi rintangan tersebut. Insulin yang dihasilkan oleh pankreas berperanan untuk mengawal kuantiti gula dalam darah dan membolehkan badan manusia menyimpan glukosa yang tidak diperlukan serta merta bagi penghasilan tenaga. Sekiranya fungsi/peranan ini tidak mencukupi atau gagal, maka kadar paras gula di dalam badan akan naik dan menyebabkan berlakunya GDM.
Siapakah berisiko mendapat Gestational Diabetes Mellitus (GDM)?
Apakah Simptom/ tanda Gestational Diabetes Mellitus (GDM)?
Kebiasaanya GDM adalah tidak bersimptom (asymptomatic). Kebanyakan kes dikesan sewaktu saringan yang dijalankan sewaktu kehamilan iaitu melalui ujian MGTT. Namun begitu, sesetengah wanita hamil berkemungkinan mengalami simptom hiperglisemia seperti di bawah :
Apakah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) boleh menjejaskan kehamilan ?
Ya, mengalami GDM adalah satu perkara yang perlu dipantau dengan rapi.
Ini kerana, diabetes semasa hamil yang tidak dipantau dengan baik boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat yang dimana, ia boleh menjejaskan kesihatan ibu yang sedang hamil. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan perkembangan bayi di dalam kandungan.
Bahaya Gestational Diabetes Mellitus (GDM) Terhadap Bayi
Kelahiran bayi pramatang
Bahaya Gestational Diabetes Mellitus (GDM)Terhadap Ibu
Tekanan darah tinggi (Preeclampsia)
Kesimpulan
Bahaya GDM sewaktu kandungan bukan sahaja berlaku kepada ibu hamil malah ia juga boleh memberi bahaya kepada bayi di dalam kandungan.
Oleh itu, ibu hamil yang menghidap GDM dinasihatkan untuk menitikberatkan penjagaan paras gula di kadar paras normal justeru dapat mengelakkan komplikasi-komplikasi seperti di atas.
Klinik Ajwa Eco Grandeur
Adakah anda semua cakna tentang Pregnancy Induce Hypertension (PIH) di kalangan ibu hamil?
Saya percaya tentu ada di kalangan ibu di sini ‘familiar’ atau pernah dengar mengenai penyakit ini. Di dalam penulisan ini, saya akan berkongsi beberapa perkara penting untuk membuka mata para ibu sekalian betapa bahayanya hipertensi semasa mengandung. Jika tekanan darah tidak terkawal/tinggi, ia boleh berlaku pre-eklampsia.
Secara ringkasnya, hipertensi adalah satu masalah kesihatan yang kerap berlaku di kalangan ibu mengandung di mana keadaan bacaan tekanan darah sistolik melebihi >140 dan diastolik >90mmHg.
Ia dapat dipecahkan kepada 3 kategori:
Walaupun tiada punca sebenar mengapa sesetengah ibu hamil ada mendapat hipertensi dan ada yang tidak, tetapi para ibu harus peka risiko- risiko yang menyumbang kepada penyakit ini.
Antara faktor-faktornya adalah:
BILA PREGNANCY INDUCE HYPERTENSION (PIH) BOLEH BERLAKU?
Hipertensi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Oleh yang demikian, wanita disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan seawal tempoh kehamilan demi mendapatkan rawatan yang optimum dari pegawai kesihatan.
Pemeriksaan awal antenatal dapat mengenalpasti dan mengelakkan komplikasi pre-eklampsia semasa mengandung terutama bagi kes yang tiada gejala. Golongan ini memerlukan pemerhatian dan rawatan rapi kerana dianggarkan dua kali ganda berisiko mendapat pra-eklampsia, bayi kecil berbanding umur dan uri lekang yang menyebabkan pendarahan yang banyak.
PIH kerap berlaku pada usia kandungan ibu hamil 20 minggu ke atas / kehamilan trimester ke-2 dan berlaku sehingga bersalin. Keadaan ini juga tidak menunjukkan gejala darah tinggi tetapi rawatan tetap sama diberikan dan kemungkinan golongan ini berisiko lagi tinggi mendapat pra-eklampsia sehingga 15%.
Pra-eklampsia pula boleh berlaku apabila tekanan darah tinggi tidak terkawal sehingga menyebabkan organ seperti buah pinggang tidak berfungsi dengan baik di mana kita boleh lihat kehadiran protein di dalam air kencing. Kematian penghidap pra-eklampsia adalah disebabkan pendarahan di dalam otak dan masalah pernafasan. Maka para ibu amat disarankan untuk mengenal pasti tanda-tanda awal pra-eklampsia seperti:
Jika tidak mendapat rawatan rapi, ibu boleh mendapat pre-eklampsia atau sawan seterusnya memudaratkan ibu dan janin. Situasi ini amat merbahaya kerana akan mengakibatkan komplikasi seperti strok, kerosakan otak yang kekal dan ada juga sehingga menyebabkan kematian ibu dan kandungan di dalam.
Sebagai langkah pencegahan terutamanya untuk ibu hamil yang telah didiagnos menghidapi penyakit hipertensi, ada beberapa tips yang penulis boleh kongsikan untuk menurunkan dan mengawal tekanan darah tinggi. Antaranya adalah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti mengurangkan pengambilan garam dan memperbanyakkan sayur dan buah-buahan. Selain itu, kurangkan stres dengan memastikan tidur dan rehat yang cukup serta beriadah ringan seperti berjalan-jalan. Dalam masa yang sama, pemeriksaan bacaan tekanan darah secara berkala dan pengambilan ubat tanpa culas atas arahan doktor yang merawat amatlah dititiberatkan.
Akhir kata, para ibu perlu membuat pemeriksaan berkala seawal tempoh kehamilan supaya penyakit yang berisiko tinggi seperti hipertensi ini dapat dikawal dengan baik di bawah pantauan pegawai kesihatan demi memastikan kesihatan ibu dan kandungan terjamin.
Bagi ibu hamil, buku pink adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Manakala untuk ibu-ibu yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, pasti tertanya-tanya apa kegunaan buku ini? Buku pink, atau nama rasminya Rekod Kesihatan Ibu, adalah buku yang wajib perlu ada bagi setiap ibu hamil. Ia merupakan dokumen penting untuk menyimpan rekod tahap kesihatan ibu dan anak.
Ini dapat memudahkan pihak hospital mengesan risiko seperti kencing manis, darah tinggi, dan lain-lain penyakit. Contoh situasi, jika ibu hamil memerlukan pengawasan dan pemeriksaan berterusan jadi rekod kesihatan dalam buku ini dapat membantu hospital memantau kesihatan ibu dan bayi.
BILA WAKTU TERBAIK BUKA BUKU PINK?
Selepas kehamilan disahkan, kini adalah masa untuk anda membuka buku pink. Yang paling penting, pastikan usia kehamilan anda berada dalam anggaran 10-12 minggu atau tidak melebihi trimester pertama. Jika anda terlewat, anda mungkin akan dilabel sebagai ‘late booking’, terutamanya jika membuka buku ini di klinik kesihatan. Buku ini boleh sahaja dibuka di klinik kerajaan atau swasta. Ikut kepada keselesaan dan kemudahan ibu kerana ia melibatkan hal kewangan.
KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?
Membuka buku pink adalah penting kerana ia memastikan ibu dan bayi menerima penjagaan kesihatan yang terbaik dan menyeluruh. Berikut adalah beberapa sebab mengapa membuka buku pink adalah langkah yang WAJIB :
1. Pemantauan Kesihatan
Membuka buku pink membolehkan penjaga kesihatan mengakses maklumat penting mengenai kesihatan ibu dan bayi, termasuk sejarah kesihatan, imunisasi, pertumbuhan, dan perkembangan.
2. Perancangan Perawatan
Dengan membuka buku pink, penjaga kesihatan dapat merancang perawatan yang sesuai berdasarkan sejarah kesihatan individu, termasuk menetapkan temu janji perubatan yang diperlukan dan memberikan rawatan yang berkesan.
3. Keselamatan dan Kualiti
Membuka buku pink memastikan setiap rawatan yang diberikan selaras dengan keadaan kesihatan individu, meningkatkan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan secara keseluruhan.
4. Mengurus Maklumat
Buku pink membantu mengurus maklumat kesihatan secara sistematik, memastikan sejarah kesihatan yang lengkap dan tepat tersedia untuk rujukan masa depan.
5. Kesedaran Diri
Dengan membuka buku pink, individu dapat memantau perkembangan kesihatan mereka sendiri dan memahami keperluan mereka dengan lebih baik, membolehkan mereka mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menjaga kesihatan mereka.
6. Pendekatan Holistik
Buku pink membolehkan penjaga kesihatan mengambil pendekatan holistik terhadap penjagaan, mempertimbangkan semua aspek kesihatan dan keperluan individu.
Secara ringkasnya, maklumat penting seperti tarikh lahir bayi, berat bayi ketika dilahirkan, imunisasi yang telah diberikan kepada bayi, maklumat pemakanan dan perkembangan bayi, serta sebarang catatan kesihatan penting lain berkaitan kehamilan dan kelahiran akan direkodkan dalam buku tersebut. Untuk ibu hamil yang pertama kali, cuma memerlukan 1 buku sahaja tetapi jika sudah tiga kali kehamilan. Maka, anda ada tiga buku pink dalam simpanan.
Kesimpulannya, jangan tangguh untuk membuka buku pink. Kesihatan ibu dan anak dalam kandungan adalah yang paling penting. Pemeriksaan akan lebih teliti jika doktor mendapati kehamilan berisiko tinggi.
WhatsApp us