General

Dr Amira Adlya Zuraidi

Klinik Ajwa Setia Alam

 

Hai kaum Hawa semua! Siapa belum buat atau dah lama tak buat Medical Check-Up?

Klinik Ajwa ada menyediakan “Women Wellness Packages” yang direka khas untuk kaum Hawa.

Saringan kesihatan awal atau lebih dikenali sebagai Medical Check-Up merangkumi pemeriksaan fizikal, sejarah kesihatan keluarga, ujian darah, ujian air kencing, pap smear, ultrasound pelvis dan lain-lain lagi. Untuk keselesaan kaum Hawa, prosedur-prosedur ini dikendalikan oleh doktor dan staff wanita.

Pakej ini disarankan pada semua golongan hawa yang sihat dan berumur melebihi 21 tahun. Anda boleh datang ke klinik cawangan kami mengikut fleksibel masa anda semasa waktu klinik beroperasi.


KENAPA PENTINGNYA MEDICAL CHECK-UP?

Tujuannya adalah untuk mengetahui status kesihatan anda. Dengan cara ini, kita dapat mengenal pasti risiko penyakit pada peringkat awal. Pengesanan penyakit di peringkat awal boleh mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk dan juga mengelakkan komplikasi penyakit tersebut.

Temuduga sejarah kesihatan keluarga dan ujian darah dilakukan untuk mengenalpasti penyakit tidak berjangkit atau dikenali sebagai Non Communicable Diseases (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Baru-baru ini, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 2.3 juta orang dewasa mengidap penyakit ini iaitu diabetes, darah tinggi & kolesterol tinggi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

BAGAIMANA SAYA NAK SIGN-UP WOMEN WELLNESS PACKAGES?

Semestinya di Klinik Ajwa pilihan anda. Anda boleh walk-in sahaja dimana-mana cawangan kami yang berdekatan dengan anda. Terdapat 4 cawangan Klinik Ajwa yang boleh dilawati mengikut pilihan anda iaitu:

  • Klinik Ajwa Seksyen 7
  • Klinik Ajwa Setia Alam
  • Klinik Ajwa Seksyen 15
  • Klinik Ajwa Eco Grandeur

 

Untuk mengelakkan anda termasuk dalam statistik  di atas, saya sarankan anda buat saringan kesihatan segera untuk ketahui status kesihatan, See you soon!

Dr Ahmad Fahimullah Hamzah

Klinik Ajwa Eco Grandeur

Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia seperti pada 2020 apabila 17% daripada 18,515 kematian yang direkodkan berpunca daripada penyakit berkaitan jantung, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata perbelanjaan akibat penyakit jantung juga membebankan negara jika berdasarkan laporan Kos Penjagaan Kesihatan Langsung Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia yang dikeluarkan pada 2022, iaitu pada 2017 dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan kesihatan digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.

FAKTOR – FAKTOR RISIKO SERANGAN JANTUNG

Faktor -faktor risiko serangan jantung atau pun dikenali juga sebagai penyakit jantung koronari boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor risiko yang tidak boleh dielakkan dan faktor risiko yang boleh dielakkan.

Faktor risiko yang tidak dapat dielakkan adalah faktor genetik. Orang yang mempunyai sejarah keluarga dengan serangan jantung berisiko lebih tinggi berbanding yang tidak mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit jantung ini. Statistik di Malaysia juga melaporkan orang berketurunan india mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapatkan serangan jantung berbanding orang berbangsa melayu dan cina.

Faktor risiko yang dapat dielakkan adalah seperti mengamalkan gaya hidup sihat contohnya bersenam sekurang kurangnya tiga kali seminggu, mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan tidak merokok. Contoh gaya pemakanan yang sihat adalah seperti kurangkan makan makanan proses yang mempunyai kadar garam yang tinggi dan kurangkan makan makanan yang berminyak dan bergoreng. Selain daripada itu, amalkan pemakanan yang seimbang seperti kempen pinggan sihat dan suku-suku separuh.

TANDA – TANDA SERANGAN JANTUNG

Ramai yang menyangka tanda utama serangan jantung adalah sakit dada di sebelah kiri. Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan doktor jantung di Pakistan telah menyimpulkan hanya 18% pesakit jantung koronari ini yang datang ke hospital dengan gejala utama sakit dada di sebelah kiri. Selebihnya adalah sakit dada di bahagian tengah dan kanan, sakit ulu hati, sakit bahagian bahu dan ada yang tanpa sakit dada. Gejala serangan jantung yang majoriti atipikal ini meningkatkan kebarangkalian kematian mengejut di luar hospital dan kesilapan diagnosis oleh doktor yang merawat.

Jadi penting untuk kita mengetahui gejala-gejala lain serangan jantung bagi mengurangkan risiko terjadinya kesilapan diagnosis. Gejala-gejala lain serangan jantung adalah sesak nafas, berdebar- debar, berpeluh dingin dan pening kepala. Jika anda ada tanda – tanda seperti ini dan ditambah pula dengan faktor risiko penyakit jantung, segeralah ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut.

Kesedaran tentang tanda-tanda penyakit jantung dan faktor risiko penyakit jantung di kalangan masyarakat adalah sangat penting untuk mengurangkan kadar penyakit jantung di negara ini. Seterusnya, mengurangkan kadar kematian mengejut di luar hospital akibat penyakit ini. Saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk saringan kesihatan berkala bagi warga yang berusia 30 tahun ke atas adalah sangat penting untuk mengesan dan mengawal faktor-faktor risiko yang menjurus kepada penyakit jantung.