Saudari, Sudahkah Anda Buat Saringan Kesihatan?

Dr Amira Adlya Zuraidi

Klinik Ajwa Setia Alam

Hai kaum Hawa semua! Siapa belum buat atau dah lama tak buat Pemeriksaan Perubatan?

Klinik Ajwa ada menyediakan “Pakej Kesihatan Wanita” yang direka khas untuk kaum Hawa.

Saringan kesihatan awal atau lebih dikenali sebagai Pemeriksaan Perubatan merangkumi pemeriksaan fizikal, sejarah kesihatan keluarga, ujian darah, ujian air kencing, pap smear, pelvis ultrasound dan lain-lain lagi. Untuk keselesaan kaum Hawa, prosedur-prosedur ini dikendalikan oleh doktor dan kakitangan wanita.

Pakej ini disarankan pada semua golongan hawa yang sihat dan berumur melebihi 21 tahun. Anda boleh datang ke klinik cawangan kami mengikut masa fleksibel anda semasa waktu klinik beroperasi.

KENAPA PENTINGNYA MEDICAL CHECK-UP?

Tujuannya adalah untuk mengetahui status kesihatan anda. Dengan cara ini, kita dapat mengenal pasti risiko penyakit pada peringkat awal. Pengesanan penyakit di peringkat awal boleh mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk dan juga mengelakkan komplikasi penyakit tersebut.

Temuduga sejarah kesihatan keluarga dan ujian darah dilakukan untuk mengenalpasti penyakit tidak berjangkit atau dikenali sebagai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Baru-baru ini, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 2.3 juta orang dewasa mengidap penyakit ini iaitu diabetes, darah tinggi & kolesterol tinggi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

BAGAIMANA SAYA NAK SIGN-UP PAKEJ KESEHATAN WANITA?

Semestinya di Klinik Ajwa pilihan anda. Anda boleh walk-in sahaja di mana-mana cawangan kami yang berdekatan dengan anda. Terdapat 4 cawangan Klinik Ajwa yang boleh dilawati mengikut pilihan anda iaitu:

  • Klinik Ajwa Seksyen 7
  • Klinik Ajwa Setia Alam
  • Klinik Ajwa Seksyen 15
  • Klinik Ajwa Eco Grandeur

 

Untuk mengelakkan anda termasuk dalam statistik di atas, saya sarankan anda buat saringan kesihatan segera untuk mengetahui status kesihatan, See you soon!

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.

ms_MYMalay