Klinik Ajwa Akses Mudah Kepada Penjagaan Kesihatan Utama Terbaik

Klinik Ajwa diasaskan pada tahun 2005. Selama 2 dekad Klinik Ajwa beroperasi, kami memberikan perkhidmatan, penjagaan, dan pendidikan terbaik kepada masyarakat. Di Klinik Ajwa, kami komited untuk memberikan anda akses mudah kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti. Pasukan perubatan kami yang profesional dan mesra sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kesejahteraan anda.

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan luar pesakit, termasuk penjagaan antenatal untuk ibu hamil, pemeriksaan bayi menyeluruh, saringan kesihatan, konsultasi, serta pemeriksaan rutin.

Dengan pengalaman dan kemahiran pasukan kami, anda boleh yakin menerima penjagaan kesihatan yang menyeluruh, selesa, dan penuh dedikasi.

Klinik Ajwa menawarkan doktor wanita berpengalaman dalam suasana yang mesra dan selesa, sesuai untuk ibu hamil yang memerlukan rawatan antenatal serta wanita yang inginkan penjagaan kesihatan menyeluruh. Di sini, keselesaan dan kepercayaan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

Servis Klinik Ajwa

Di Klinik Ajwa, kami menyediakan pelbagai Penjagaan Kesihatan Asas untuk semua pesakit kami, supaya anda dapat rawatan menyeluruh yang anda perlukan. Kami memberi perhatian penuh dan layanan terbaik pada setiap lawatan anda, dengan sokongan pasukan perubatan yang berpengalaman dan prihatin.

Perancangan Keluarga (Family Planning)

Perkhidmatan Jaundis (Kuning)

Perkhidmatan Vaksinasi

Kesihatan Reproduktif Wanita (Pap Smear & HVS)

Kenapa Klinik Ajwa?

Kualiti dan Keselamatan Pesakit

Pengalaman Berharga Pesakit Semasa Mendapatkan Rawatan

Pengalaman Pesakit yang Berharga

Suasana dan Persekitaran Klinik yang Selesa

Komitmen terhadap Keselamatan dan Kepuasan Pesakit

Panel Kami

Buat Janji Temu dengan Kami