Pemeriksaan Antenatal (Kehamilan) Di Klinik Ajwa

Pemeriksaan untuk ibu hamil sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa dipantau dan dijaga sepanjang kehamilan. Berikut adalah beberapa kepentingan utama pemeriksaan kehamilan:

  1. Memantau kesihatan ibu dan bayi
    • Menyediakan maklumat penting tentang keadaan semasa kesihatan anak dalam kandungan
    • Mengenal pasti masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes gestasi (GDM), anemia, dan lain-lain lebih awal
    • Memantau pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian lain

  2. Mengesan komplikasi kehamilan
    • Pemeriksaan dapat mengesan komplikasi seperti preeklampsia, kehamilan ektopik, atau masalah plasenta lebih awal
    • Langkah berjaga-jaga boleh diambil segera untuk mengelakkan risiko kepada ibu dan bayi

  3. Mengenal pasti faktor risiko lebih awal dan tindakan serta rujukan dapat dilakukan dengan segera

  4. Pemeriksaan kehamilan bukan hanya untuk memastikan bayi berkembang dengan sihat, tetapi juga untuk menjaga kesihatan ibu sepanjang waktu kehamilan. Ia merupakan aspek penting dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak yang tidak boleh diabaikan.

Klinik Ajwa juga menawarkan Pakej Buka Buku Pink dengan penjimatan yang sangat berbaloi kepada ibu-ibu mengandung. Hanya dengan harga RM118.
Rujuk poster di bawah untuk info lanjut.

Buku Rekod Antenatal

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan

Pemeriksaan Antenatal (Kehamilan)

Sedia untuk menempah slot untuk perkhidmatan Pemeriksaan Antenatal (Kehamilan)? Jadualkan temu janji hari ini dan rasai penjagaan pakar dan belas kasihan pasukan kami yang berdedikasi di Klinik Ajwa.

Soalan? Hubungi kami terus.

Perkhidmatan Lain

Terokai pelbagai perkhidmatan kami yang memenuhi pilihan anda.