Berkhatan atau bersunat adalah satu amalan yang penting dari segi kesihatan dan agama. Berkhatan memberikan pelbagai kebaikan termasuk pencegahan penyakit kelamin, pengurangan risiko kanser penis dan peningkatan kesihatan seksual. Dari segi agama, berkhatan juga merupakan sunnah bagi umat Islam.
Di Klinik Ajwa kami menawarkan perkhidmatan berkhatan dari bayi, kanak-kanak, remaja, sehingga dewasa. Dengan harga yang berpatutan dengan menggunakan teknik laser.
Pegawai perubatan kami yang terlatih dan berpengalaman bersedia memberikan konsultasi sebelum prosedur khatan bermula. Pegawai perubatan akan memberikan bius setempat dahulu menggunakan jarum, supaya kemaluan anak anda akan kebas dan tidak akan sakit ketika proses khatan dilakukan. Sebelum pulang, anak akan dibekalkan dengan ubat sirap tahan sakit, ubat sapu dari air garam
Masa : 20 minit
Dilakukan oleh : Doktor
Kaedah digunakan : Laser