Saringan Haji Dan Umrah Di Klinik Ajwa

Ibadah Haji dan Umrah memerlukan persediaan rohani dan fizikal yang rapi. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa Haji telah menetapkan bahawa setiap jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang sesuai untuk menunaikan ibadah ini.

Klinik Ajwa menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan Haji dan Umrah yang menyeluruh dan mematuhi semua garis panduan terkini yang ditetapkan oleh Tabung Haji, KKM dan pihak berkuasa Arab Saudi.

Skop Pemeriksaan Kesihatan

  1. Pemeriksaan Klinikal oleh Doktor yang mendaftar dengan Tabung Haji
    • Pemeriksaan tekanan darah, nadi, suhu dan BMI
    • Pemeriksaan paru-paru, jantung, abdomen, neurologi dan sendi
    • Penilaian keupayaan fizikal jemaah (fit/unfit to travel)
  2. Ujian Makmal Dan Diagnostik
    • Ujian darah asas (Full Blood Count, Blood Sugar, etc.)
    • Ujian air kencing
    • Ujian X-ray dada dan ECG mengikut peringkat umur (jika disyorkan oleh doktor)
    • Ujian bagi bakal Haji yang mempunyai penyakit kronik.
  3. Vaksinasi Wajib Dan Pilihan
    • Meningococcal (ACWY) – wajib sebelum berlepas.
    • Vaksin Tambahan seperti Influenza, Covid-16, dan Pneumococcal digalakkan.
  4. Dokumentasi Lengkap - Khusus pada bakal Jemaah Haji
    • Rekod perubatan dan vaksinasi serta kelulusan pemeriksaan kesihatan akan dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.
    • Sila pastikan MySejahtera dikemaskini.

Siapa Perlu Hadir?

  1. Semua bakal jemaah Haji tidak kira usia.
  2. Jemaah Umrah digalakkan untuk membuat Saringan Kesihatan dan mendapatkan vaksin.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan

Saringan Haji Dan Umrah

Sedia untuk menempah slot untuk perkhidmatan Saringan Haji Dan Umrah? Jadualkan temu janji hari ini dan rasai penjagaan pakar dan belas kasihan pasukan kami yang berdedikasi di Klinik Ajwa.

Soalan? Hubungi kami terus.

Perkhidmatan Lain

Terokai pelbagai perkhidmatan kami yang memenuhi pilihan anda.