Perkhidmatan Pencegahan NCD (Sugar Clinic) Di Klinik Ajwa

Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD) seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi (hypertension), kolesterol tinggi (dyslipidemia) dan obesiti merupakan antara punca utama kematian dan komplikasi kesihatan di Malaysia.

Melalui Sugar Clinic di Klinik Ajwa, kami menyediakan pendekatan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan berterusan bagi menguruskan penyakit-penyakit ini dengan lebih berkesan.

Servis Yang Ditawarkan

  1. Saringan Kesihatan Lengkap
    • Pemeriksaan tekanan darah, gula (glukosa) & kolesterol
    • BMI & ukur lilit pinggang
    • Ujian air kencing dan fungsi buah pinggang (jika perlu)
  2. Konsultasi Perubatan
    • Penilaian oleh doktor berpengalaman
    • Pelan rawatan peribadi berdasarkan risiko individu
  3. Kaunseling Pemakanan Dan Gaya Hidup
    • Tip pemakanan sihat oleh pegawai kesihatan
    • Bimbingan senaman ringan & pengurusan stres
  4. Pemantauan Berkala
    • Temujanji susulan setiap bulan / suku tahun
    • Pemantauan bacaan melalui buku log pesakit

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan

Perkhidmatan Pencegahan NCD (Sugar Clinic)

Sedia untuk menempah slot untuk perkhidmatan Perkhidmatan Pencegahan NCD (Sugar Clinic)? Jadualkan temu janji hari ini dan rasai penjagaan pakar dan belas kasihan pasukan kami yang berdedikasi di Klinik Ajwa.

Soalan? Hubungi kami terus.

Perkhidmatan Lain

Terokai pelbagai perkhidmatan kami yang memenuhi pilihan anda.