Kaunseling Pemakanan Di Klinik Ajwa

Di Klinik Ajwa, kami percaya gabungan amalan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan pengubahsuaian gaya hidup boleh membantu mengekalkan berat badan yang ideal, mengurangkan risiko penyakit serta jaminan hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Dalam masalah kesihatan atau penyakit tertentu, pesakit mungkin memerlukan amalan pemakanan yang khusus untuk membantu mengawal dan/atau penyembuhan penyakit. Pegawai Dietetik (Dietitian) kami yang berdaftar akan bekerjasama dengan anda untuk merangka pelan Pemakanan Terapeutik (Therapeutic Diet) yang sesuai dan mudah diikuti.

Kami menyediakan kaunseling pemakanan bagi penyakit seperti:

  • Penyakit kencing manis (Jenis 1, Jenis 2, kencing manis sewaktu hamil)
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Pengurusan berat badan (kurang berat badan, berat badan berlebihan atau obes)
  • Anemia
  • Gout
  • Penyakit buah pinggang kronik
  • Pemakanan kanak-kanak (tumbesaran terbantut dan masalah kegemukan)
  • Hati berlemak
  • Penyakit atau masalah kesihatan lain yang memerlukan khidmat nasihat pemakanan

Dengan panduan diet yang tepat serta sokongan kami yang berterusan, anda akan memperoleh kualiti hidup yang lebih bermakna.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan

Kaunseling Pemakanan

Sedia untuk menempah slot untuk perkhidmatan Kaunseling Pemakanan? Jadualkan temu janji hari ini dan rasai penjagaan pakar dan belas kasihan pasukan kami yang berdedikasi di Klinik Ajwa.

Soalan? Hubungi kami terus.

Perkhidmatan Lain

Terokai pelbagai perkhidmatan kami yang memenuhi pilihan anda.