Imbasan Nuchal Translucency (NT) (11-13 minggu)
Tempoh: 20 minit
Nota: Scan khas bagi minggu kehamilan 11 minggu 0 hari sehingga 13 minggu 6 hari untuk mengukur ketebalan cecair di belakang leher bayi. Ia boleh mengesan risiko kecacatan kromosom seperti Sindrom Down, Sindrom Edwards dan Trisomi 13.
Imbasan Pertumbuhan 2D (6-40 minggu)
Tempoh: 15 minit
Nota: Scan 2D untuk mengukur saiz (umur) dan berat bayi, melihat kedudukan bayi, kedudukan uri, jumlah air ketuban dan denyutan jantung bayi.
Perincian Imbasan Anatomi 2D (21-26 minggu)
Tempoh: 35 minit
Nota: Scan 2D khas yang dilakukan untuk melihat perkembangan bayi serta pembentukan organ-organ bayi (seperti otak, jantung, kaki dan tangan, dan lain-lain).
Laporan penuh dan gambar hitam putih akan diberikan.
Waktu terbaik untuk melakukan scan ini ialah pada usia kandungan 22 minggu.
Imbasan Kombo (Perincian Imbasan Anatomi 2D + 3D4D5D) (24-27 minggu)
Tempoh: 45 minit
Nota: Gabungan detail scan 2D dan hitam putih untuk melihat perkembangan bayi serta pembentukan organ-organ bayi (seperti otak, jantung, usus, dan lain-lain) dengan scan 3D4D5D untuk melihat wajah bayi.
Dilakukan semasa kandungan berusia 24 minggu hingga 27 minggu.
Imbasan 3H4D5D (28–36 minggu, disyorkan pada 30–32 minggu)
Tempoh: 35 minit
Nota: Scan 3D4D5D untuk melihat wajah bayi dalam kandungan. Pakej ini juga termasuk scan 2D untuk melihat kedudukan uri, jumlah air ketuban, kedudukan bayi serta saiz dan berat bayi.
Kejelasan gambar bergantung pada kedudukan bayi, kedudukan uri, jumlah air ketuban dan ketebalan kulit ibu.