Ultrasound General Di Klinik Ajwa

Imbasan Pelvis/Gynae (TAS/TVS)
Imbasan untuk melihat organ peranakan wanita (rahim, ovari dan serviks)
Boleh dilakukan secara transabdominal (TAS) atau transvaginal (TVS).
Tempoh: 20 minit
Nota: Sila minum 4 gelas air dan tahan kencing 1 jam sebelum scan dilakukan.

Thyroid Scan
Imbasan ultrasound untuk melihat kelenjar tiroid dan limfa di leher.
Tempoh: 20 minit
Nota: Sila tanggalkan rantai (jika ada) semasa datang untuk temujanji anda. Jika bertudung, sila pakai tudung yang mudah untuk ditanggalkan dan disarung semula.

Breast Scan
Imbasan untuk melihat struktur di bahagian payudara dan ketiak (axilla).
Tempoh: 20 minit
Nota: Sila elakkan pakaian seperti jubah atau one-piece dress semasa datang untuk temujanji anda.

Abdominal Scan
Imbasan ultrasound untuk melihat organ pankreas, salur darah aorta, hati, hempedu, buah pinggang dan limpa.
Tempoh: 20 minit
Nota: Sila berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum imbasan dilakukan (boleh minum air kosong).

Imbasan KUB (Buah Pinggang, Ureter, Pundi kencing)
Imbasan ultrasound untuk melihat buah pinggang, pundi kencing dan prostat.
(prostat hanya untuk pesakit lelaki sahaja).
Tempoh: 20 minit
Nota: Sila minum sekurang-kurangnya 2 gelas air dan tahan kencing 1 jam sebelum imbasan dilakukan.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan

Ultrasound General

Sedia untuk menempah slot untuk perkhidmatan Ultrasound General? Jadualkan temu janji hari ini dan rasai penjagaan pakar dan belas kasihan pasukan kami yang berdedikasi di Klinik Ajwa.

Soalan? Hubungi kami terus.

Perkhidmatan Lain

Terokai pelbagai perkhidmatan kami yang memenuhi pilihan anda.

ms_MYMalay