Vaksin atau juga disebut sebagai imunisasi merupakan salah satu kaedah untuk membina pertahanan tubuh secara semula jadi daripada serangan penyakit sebelum seseorang itu mula jatuh sakit. Ini boleh mencegah anda daripada dijangkiti dan menjangkiti individu lain.
Di Klinik Ajwa, kami menyediakan perkhidmatan imunisasi mengikut peringkat umur dan bayi sehingga dewasa selaras dengan garis panduan KKM.
Vaksin untuk bayi dan kanak-kanak
Vaksin sangat penting untuk menjaga bayi kerana ia melindungi mereka daripada penyakit serius yang boleh mengancam nyawa seperti campak, beguk, rubella, polio, difteria, tetanus, batuk kokol, hepatitis B dan cacar air.
Pasukan pegawai perubatan Klinik Ajwa yang dedikasi dan berpengalaman bersedia untuk membimbing anda melalui proses vaksinasi dari bayi sehingga kanak-kanak.
Vaksin untuk dewasa
Vaksin untuk orang dewasa membantu mengurangkan risiko komplikasi serius akibat penyakit seperti jangkitan pada otak. Selain itu, dengan vaksin juga dapat mencegah penyakit dalam kalangan masyarakat yang berisiko tinggi terutamanya warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik.
Pasukan pegawai perubatan Klinik Ajwa bersedia untuk memberikan konsultasi kepada anda tentang kepentingan setiap jenis vaksin.