Susah Ke Penjagaan Khatan?

Dr Amin Akram

Klinik Ajwa Seksyen 7

Penjagaan anak selepas khatan tidak terlalu susah/rumit, tetapi ia memerlukan perhatian yang teliti untuk memastikan proses penyembuhan yang baik bagi mencegah komplikasi. Berikut adalah panduan yang boleh ibu bapa ambil perhatian: 

  • Pengambilan Vitamin C

      • Vitamin C boleh diambil dalam bentuk pil atau makanan seperti buah-buahan untuk membantu mempercepat proses pemulihan luka, mengurangkan risiko jangkitan kuman dan menguatkan sistem imun tubuh. 
  • Minum Air Secukupnya

      • Pastikan anak minum air secukupnya sepanjang hari untuk tubuh kekal terhidrat. Air juga membantu dalam menjaga keseimbangan elektrolit, memperbaiki tisu yang rosak dalam proses penyembuhan.
  • Mencuci Luka

      • Cuci luka dengan normal saline (akan diberikan) 3-4 kali sehari. Pastikan prosesnya bersih sebelum menyentuh kawasan pembedahan dan gunakan kapas steril untuk mengeringkan luka (jika ada). 
  • Tiada Makanan Yang Perlu Dipantang

      • Anak boleh meneruskan pemakanan seperti biasa. Telur, ayam, kicap dan makanan rutin boleh diambil tanpa sebarang masalah. Diet yang seimbang dan kaya dengan nutrien adalah penting untuk menyokong proses penyembuhan luka.
  • Pakai Pakaian Longgar

      • Anak disarankan untuk memakai pakaian yang longgar bagi mengelakkan dari ketidakselesaan terutamanya di bahagian pinggang dan hadapan. Ini juga dapat memastikan kawasan pembedahan tidak tergesel dengan pakaian bagi mengelakkan pendarahan atau kecederaan yang tidak diingini.
  • Jangan Tanggalkan Keruping

      • Jangan cabut atau tanggalkan keruping yang terdapat di kawasan pembedahan kerana keruping akan melindungi luka daripada jangkitan dan membantu penyembuhan dengan lebih sempurna. Biarkan keruping jatuh dengan sendirinya selepas beberapa hari atau minggu.

Diharap panduan ini dapat membantu mengelakkan komplikasi dan mempercepatkan proses pemulihan anak anda.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.