Klinik Ajwa diasaskan pada tahun 2005. Selama 2 dekad Klinik Ajwa beroperasi, kami memberikan perkhidmatan, penjagaan, dan pendidikan terbaik kepada masyarakat. Di Klinik Ajwa, kami komited untuk memberikan anda akses mudah kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti. Pasukan perubatan kami yang profesional dan mesra sentiasa memberi perhatian penuh terhadap kesejahteraan anda.
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan luar pesakit, termasuk penjagaan antenatal untuk ibu hamil, pemeriksaan bayi menyeluruh, saringan kesihatan, konsultasi, serta pemeriksaan rutin.
Dengan pengalaman dan kemahiran pasukan kami, anda boleh yakin menerima penjagaan kesihatan yang menyeluruh, selesa, dan penuh dedikasi.

Matlamat Klinik Ajwa adalah untuk mempertingkatkan mutu penjagaan pesakit dan perkhidmatan Kesihatan dalam kalangan Masyarakat.
Klinik Ajwa telah diasaskan pada tahun 2005 oleh pasangan suami isteri yang kini merupakan Pengarah Urusan dan Pengerah Perubatan Klinik Ajwa bermula di Seksyen 7, Shah Alam yang kini merupakan pusat operasi dan pengurusan klinik. Sepanjang 2 dekad ini, Klinik Ajwa yang merupakan Klinik Ibu dan Anak sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu perkhidmatan dan penjagaan Kesihatan yang terbaik kepada ibu-ibu, anak-anak, dan keluarga.
Keazaman yang tinggi dalam bidang perkhidmatan penjagaan Kesihatan asas telah mendorong barisan pegasas untuk meneroka penyelesaian inovatif untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit dan meningkatkan perkhidmatan Kesihatan dalam komuniti. Setakat 2025, Klinik Ajwa telah berkembang ke empat klinik cawangan:
● Klinik Ajwa Seksyen 7 (Klinik Antenantal)
● Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam
● Klinik Ajwa Setia Alam
● Klinik Ajwa Eco Grandeur Puncak Alam
Klinik Ajwa sentiasa berusaha untuk menjadi klinik yang inovatif dengan memanfaatkan sepenuhnya peranan jururawat terlatih dan kepakaran doctor dalam meningkatkan kemahiran mereka sebagai satu oasukan yang mapan dan mantap. Dua daripada ahli pengasas masih kekal sebagai pemegang saham, dan klinik ini terus bergerak maju dengan visi yang sama sehingga hari ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Selamat datang ke Klinik Ajwa dan terima kasih kerana mengunjungi kami. Selama hampir 20 tahun, kami telah menyediakan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada komuniti kami. Kami komited untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan mengikuti perkembangan terkini dalam penjagaan kesihatan.
Setiap hari, lebih daripada 400 pesakit datang ke klinik kami.
Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan semua orang mendapat penjagaan yang baik dan pergi dengan senyuman. Kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Klinik Ajwa akan terus berkhidmat kepada komuniti kami dan menggalakkan kesihatan yang lebih baik untuk semua.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai pembekal penjagaan kesihatan anda
Klinik Ajwa berkomited untuk menjadi Klinik Kesihatan Swasta terbaik di Malaysia dan menjadi penanda aras dalam kalangan Pengamal Perubatan Am Swasta. Kami percaya bahawa model perniagaan kami boleh memberi kesan positif dalam usaha membangunkan industri klinik swasta supaya lebih menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan sejahtera.

Klinik Ajwa sentiasa berusaha mencari pendekatan baharu dan yang lebih baik dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Kami percaya bahawa inovasi ialah kunci untuk menambah nilai dan membawa manfaat kepada amalan yang sedia ada.

Di Klinik Ajwa, kami percaya bahawa inovasi perkhidmatan bermula dengan pembangunan modal insan. Tanpa mengira latar belakang, setiap warga kerja diberikan peluang dan sokongan untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Klinik Ajwa akan terus fokus untuk memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, sama ada pemegang saham, pelanggan, staf, komuniti setempat, malah kerajaan dalam aspek kesihatan, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Nilai dan etika yang jelas menjadi tunjang utama Klinik Ajwa, membentuk budaya kerja positif yang kami semua jayakan bersama. Kami berpegang teguh pada prinsip bahawa setiap tindakan dan keputusan yang diambil mestilah mencerminkan integriti dan boleh dibanggakan oleh semua.
Kualiti & Keselamatan Pesakit
Penjagaan & Fokus Pesakit
Orang kita adalah Kekuatan kita
Prihatin untuk Masyarakat
Jaga Negara
Semua warga kerja Klinik Ajwa berpegang teguh dengan prinsip D.E.M.I.
Dengar
Sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada pesakit, sebagai tanda kehormatan untuk membina kepercayaan.
Empati
Memahami perasaan setiap pesakit kami.
Mohon Maaf
(Memohon maaf dengan sewajarnya untuk menunjukkan keprihatinan & empati)
Inisiatif
Sentiasa menyediakan langkah yang berkesan.
WhatsApp kami