Masalah Kitaran dan Pendarahan Haid (Bahagian 1)

Dr Shazzmira

Klinik Ajwa Seksyen 7

Pengenalan

Kitaran atau pendarahan haid yang tidak normal merujuk kepada sebarang pendarahan daripada rahim yang berbeza daripada corak haid normal wanita.

Ini termasuk isipadu pendarahan yang lebih banyak daripada kebiasaan haid,berpanjangan melebihi 7 hari, kejadian berlaku antara 2 kitaran haid ,pendarahan yang berlaku selepas hubungan intim atau berlaku selepas fasa menopaus.

Walaupun perubahan kitaran haid boleh berlaku secara semula jadi, kejadian yang berterusan perlu dinilai oleh doktor kesihatan kerana ia mungkin permulaan kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah hormon tiroid , prolaktin dan lain-lain.

 

Apakah Itu Haid?

Sebelum saya jelaskan dengan selanjutnya , saya ingin menerangkan apakah itu darah haid. Darah haid bukan la darah yang kotor atau berpenyakit. Haid berlaku apabila tubuh menyusun lapisan rahim (endometrium) melalui vagina atau dalam bahasa perubatannya “endometrial shredding”. Setiap bulan, hormon yang dirembeskan dari bahagian otak manusia akan merangsang ovari untuk melepaskan telur yang dipanggil proses ovulasi. Pada masa yang sama, lapisan rahim (endometrium) akan menebal sebagai persediaan untuk kehamilan. Jika telur tidak disenyawakan, paras hormon menurun dan lapisan rahim yang menebal itu akan luruh (mencincang) sebagai darah haid.

 

Apakah Kitaran Haid Normal?

Bagi kebanyakan wanita yang berumur dalam lingkungan umur reproduktif (15-49 tahun):

 

– Kitaran haid berlaku setiap 21 hingga 35 hari

 

– Haid biasanya berlangsung 3 hingga 7 hari

 

– Jumlah kehilangan darah adalah kira-kira 5–80 mL setiap kitaran

 

– Jumlah kitaran haid setahun bersamaan 9 hingga 13 (atau minimum 4-9 kitaran setahun).

 

Adakah risiko jika tiada darah haid ?

Risiko utama jika proses tidak berlaku (amenorrhea) termasuklah kehamilan, gangguan hormon, PCOS, masalah tiroid, atau tanda awal kanser rahim/ovari jika berlarutan. Ia juga boleh disebabkan oleh tekanan fizikal/emosi, senaman melampau, atau perimenopaus. Pemeriksaan doktor adalah wajib jika tidak terhenti untuk mengenal pasti punca dan rawatan lanjut.

 

Adakah kitaran haid yang tidak normal ?

Boleh dibahagikan kepada :

1- Amenorrhea (tiada haid) – ketiadaan haid melebihi 6 bulan untuk kitaran haid yang teratur dan 12 bulan bagi wanita yang kitaran haid nya tidak teratur (oligoamenorhae)

 

2- Oligoamenorhae (sedikit) – jarak kitaran antara 2 haid yang melebihi 35 hari

 

3- Menorrhagia (menor – banyak/panjang) merujuk kepada pendarahan yang melebihi 80ml sehari

 

4- Polymenorrhagia – Pendarahan yang berlaku dalam kitaran haid yang kurang dari 21 hari (haid yang hadir 2 kali bulan)

 

5- Pendarahan di luar waktu kitaran haid seperti pendarahan ketika hubungan intim , pendarahan di antara 2 kitaran haid dan pendarahan selepas menopaus

 

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.