Bila Waktu Sesuai Untuk Scan Kehamilan ?

Dr Nur Shazzmira

Klinik Ajwa Seksyen 7

Imbasan kehamilan adalah salah satu cara penting untuk memantau perkembangan bayi dalam kandungan. Terdapat beberapa waktu yang sesuai untuk menjalani scan kehamilan bergantung kepada tahap perkembangan tubuh janin dan paras hormon dalam ibu. Hormon kehamilan atau HCG adalah hormon kehamilan yang dihasilkan oleh plasenta selepas persenyawaan. Paras hormon HCG yang tinggi dalam darah dan air kencing menunjukkan kehadiran janin yang sedang berkembang. Apabila tahap HCG mencapai paras tertentu, ia memudahkan doktor untuk mengesan kehamilan dan menurunkan jantung janin melalui imbasan.

HCG akan mencecah paras tertinggi apabila usia kehamilan mencapai 8-10 minggu. Untuk kandung kelihatan di skrin tv ultrasound, bacaan HCG perlu 1,000-1,500 dalam 5-6 minggu kehamilan. Jika ingin mendengar degupan jantung bayi, ia boleh mula didengari bermula seawal 6-7 minggu kehamilan.

Jika ibu mempunyai risiko tinggi mengandung di luar rahim, sejarah kehamilan luar rahim, pernah menjalani pembedahan pada bahagian fallopian, atau pernah menggunakan peranti intrauterin (IUD), ibu disyorkan untuk mendapatkan nasihat dan melakukan scan seawal 5 hingga 6 minggu.

Selain itu, tujuan utama scan pada awal kehamilan ini adalah untuk mengesahkan kehamilan, menentukan tarikh anggaran bersalin, mengesahkan bilangan janin (sama ada kehamilan tunggal atau kembar), dan memeriksa kedudukan janin dalam rahim.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.