Apa Perbezaan Imbasan Perincian & Imbasan Pertumbuhan ?

Aisyah Zainori

Pakar Sonograf Klinik Ajwa

Imbasan pertumbuhan atau scan biasa bertujuan untuk memeriksa perkembangan bayi, termasuk ukuran diameter/ukur lilit kepala, lilitan abdomen, dan panjang tulang kaki. Dengan semua ukuran ini, kita boleh menentukan berat bayi. Selain itu, kita juga akan memeriksa jumlah air ketuban, kedudukan uri, dan keadaan pintu serviks. Tujuan kita adalah untuk memastikan tiada sebarang halangan pada pintu perkhidmatan, yang penting untuk proses kelahiran yang selamat.

Untuk imbasan terperinci, kita akan memulakan dengan scan tumbesaran sama seperti imbasan pertumbuhan cuma perlu menambah pemeriksaan yang lebih mendalam, terutamanya pada bahagian otak. Kita ingin memastikan semua ukuran struktur otak bayi berada dalam julat normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keabnormalan. Selain itu, kita perlu memastikan struktur jantung adalah normal, tanpa sebarang lubang, ada 4 bilik, dan berfungsi dengan baik. Ini penting untuk memastikan bayi mendapat oksigen dan nutrien yang mencukupi.

Kita juga boleh mengesan sebarang tanda sumbing, serta memastikan lubang hidung dan bibir bayi terbentuk dengan baik. Pada fasa ini, kita akan mengira jumlah jari tangan dan kaki bagi mengesan sebarang keabnormalan. Sekiranya terdapat sebarang ketidaknormalan yang dikesan, kita akan merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk tindakan lanjut dan nasihat. Keseluruhan proses ini penting untuk memberikan maklumat yang tepat tentang keadaan kesihatan bayi serta merancang penjagaan yang sesuai.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.

ms_MYMalay