Teknologi 5D scan yang canggih dapat menghasilkan gambar yang lebih realistik dan jelas gambaran janin dalam kandungan termasuk ekspresi wajah. Dengan kelebihan yang ada pada 5D, wajah bayi boleh dilihat dengan lebih terperinci serta ibu dapat melihat gambaran secara 'live' atau lebih hidup.
Bagi menjawab persoalan ibu-ibu, minggu ke berapa untuk dapatkan penghasilan gambar 5D scan yang cantik? Ia disarankan antara minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan.
Kenapa anggaran minggu ini adalah yang terbaik?
- Ukuran bayi yang sesuai
- Bayi berada dalam saiz yang sesuai dalam anggaran minggu tersebut, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Ini membolehkan gambar wajah bayi, jari-jari, dan ciri-ciri lain yang lebih jelas.
- Kedudukan bayi
- Dalam tempoh ini, ruang rahim masih luas untuk bayi bergerak. Ini meningkatkan peluang untuk mendapat gambar yang baik.
- Keadaan plasenta dan cecair ketuban
- Pada minggu ke-24 hingga ke-32, cecair ketuban biasanya mencukupi untuk menghasilkan imej yang lebih terperinci. Selepas tempoh ini, biasanya agak sukar melakukan scan 5D kerana cecair ketuban sedikit kurang berbanding minggu ke-24 hingga ke-32.
Walaupun gambar yang dihasilkan lebih cantik dan terperinci, ini tidak bermaksud ibu perlu melakukannya secara rutin dan kerap. Terdapat beberapa faktor juga di mana doktor akan mencadangkan untuk menjalani imbasan 5D, contohnya:
- Kebimbangan mengenai perkembangan bayi.
- Kehamilan berisiko tinggi (contohnya diabetes atau hipertensi).
- Mengesan kelainan fizikal pada bayi seperti sumbing pada bibir.
Selain daripada permintaan ibu, imbasan 5D juga perlu dilakukan atas nasihat doktor. Keputusan untuk menjalani 5D scan biasanya dibuat berdasarkan keperluan perubatan, mengikut keadaan kesihatan ibu dan bayi. Jika anda merancang untuk melakukan 5D scan, boleh booking appointment di Klinik Ajwa. Pastikan untuk merancang tarikh yang sesuai dengan usia kehamilan anda untuk hasil yang terbaik.