Kurang Asid Folik, Tinggi Risiko Bayi Mengalami Kecacatan

Dr Faznita

Klinik Ajwa Seksyen 15

KURANG ASID FOLIK, TINGGI RISIKO BAYI MENGALAMI KECACATAN.

Asid folik, atau dikenali juga sebagai vitamin B9, memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan awal janin. Pengambilan asid folik yang mencukupi sebelum dan semasa awal kehamilan dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang serius. Wanita yang hamil disarankan mula mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil dan meneruskannya sepanjang trimester pertama .Salah satu kecacatan boleh berlaku pada bayi iaitu kecacatan saraf seperti spina bifida dan anencephaly.

 

Rajah 1: Kecacatan Tiub Neural atau Spina Bifida

Kecacatan tiub neural melibatkan struktur embrio yang berkembang menjadi otak bayi, saraf tunjang, dan tisu yang mengelilinginya. Pada bayi dengan spina bifida, sebahagian daripada tiub neural gagal terbentuk atau menutup dengan sempurna, menyebabkan kecacatan pada saraf tunjang dan tulang belakang. Tiub saraf terbentuk dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan, biasanya sebelum seorang wanita sedar bahawa dirinya hamil. Jika tiub saraf gagal tertutup dengan sempurna, ia boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup yang menjejaskan kualiti hidup bayi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan asid folik sebanyak 400 mikrogram (mcg) setiap hari secara konsisten boleh mencegah sehingga 70% menyebabkan kecacatan saraf.

Manfaat Asid Folik untuk Ibu dan Bayi

Asid folik membantu perkembangan bayi sejak awal dengan memastikan tiub saraf dan organ utama terbentuk dengan baik. Dengan pengambilan asid folik yang cukup, ibu dapat membantu:

• Menyokong pembentukan tulang belakang dan otak bayi dengan sempurna.
• Mengurangkan risiko bayi lahir dengan kecacatan serius seperti saraf terbuka.
• Membantu pembentukan bibir dan mulut bayi supaya sempurna.
• Menyokong perkembangan anggota badan yang sihat.
• Memastikan jantung bayi berkembang dengan baik.
• Menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang optimum.

Sumber farmasi asid folik boleh didapati di klinik atau klinik berdekatan. Saya mengalakkan kepada semua wanita yang berada dalam usia subur, terutamanya yang hamil, agar tidak memandang ringan pengambilan asid folik. Ia mungkin hanya sebutir pil kecil setiap hari, namun kesannya amat besar terhadap kesihatan anak yang bakal lahir.

Rujukan
1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). (2015). Suplemen Asid Folik dalam Wanita Hamil. https://www.who.int/elena/titles/folic_acid_pregnancy/en/
2. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). (2020). Cadangan Pengambilan Asid Folik untuk Mencegah Kecacatan Tiub Neural. https://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/recommendations.html
3. Institut Kesihatan Negara (NIH). (2023). Folat: Lembaran Fakta untuk Pakar Kesihatan. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Folate-HealthProfessional/
4. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021). Panduan Pengambilan Asid Folik untuk Wanita Hamil. http://www.moh.gov.my
5. Bailey, LB (2020). Folat dalam Kehamilan: Bukti, Mekanisme dan Cadangan. The Journal of Nutrition, 150(11), 2753-2757.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.