Anak Anda Kekurangan Nutrisi?

Dt Noor Aina

Pakar pemakanan Klinik Ajwa

Ketidakseimbangan atau kekurangan nutrien yang diperlukan untuk menyokong fungsi tubuh badan yang sihat.

Kekurangan Nutrien (Kurang nutrisi)

  • kekurangan Kalori:Pengambilan tidak mencukupi menyebabkan penurunan berat badan dan kekurangan tenaga.
  • Kekurangan Protein: Boleh menyebabkan masalah seperti kwashiorkor atau marasmus, serta pertumbuhan yang terbantut pada kanak-kanak.
  • Kekurangan Vitamin dan Mineral: Kekurangan vitamin (contohnya vitamin A, D atau C) atau mineral (seperti zat besi, kalsium, atau zink) boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti anemia, riket dan masalah penglihatan.

 

Kesan-Kesan Malnutrisi

Pertumbuhan & Perkembangan

Malnutrisi boleh menghalang pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental kanak-kanak.

Sistem Imun Badan

Kekurangan nutrien boleh melemahkan sistem imun, menjadikan anak-anak lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Kemampuan Fizikal

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akan mengalami keletihan, kelemahan otot dan penurunan keupayaan fungsi harian.

Kualiti Hidup

Malnutrisi boleh mempengaruhi kualiti hidup kanak-kanak secara keseluruhan, termasuk kesejahteraan fizikal dan mental.

 

5 Cara Diet Sihat Untuk Mengelak Malnutrisi

  1. Amalkan suku-suku separuh
  2. Ambil makanan tinggi serat
  3. Elak makanan manis
  4. Utamakan air kosong
  5. Makan secara sederhana

 

 

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.

ms_MYMalay