Bila Bayi Mula 'Menendang'?

Dr Faznita

Klinik Ajwa Seksyen 15

Bagi ibu-ibu pertama kali mengandung mesti tak sabar nak rasa pergerakan menahan bayi dalam perut atau menendang. Mungkin juga anda tertanya-tanya bila mula rasa pergerakan ini? Pada awalnya, menendang tidak begitu ketara kerana bayi masih kecil dan ruang dalam rahim masih luas. Tetapi lama kelamaan seiring dengan perkembangan kehamilan, pergerakan akan lebih jelas. 

Untuk pertama kali mengandung, menendang kebiasaannya akan berlaku pada minggu ke-18 hingga ke-25 kehamilan

Ibu yang pernah mengandung, menendang akan mula rasai sekitar minggu ke-16 hingga 20. Ini kerana mereka lebih berpengalaman untuk mengenali pergerakan bayi yang lebih kecil dan lebih halus. 

Menendang menjadi kerap dan ketara pada minggu ke-24 hingga ke-28. Pada peringkat ini, pertumbuhan bayi sudah mula membesar dan ruang dalam rahim semakin sempit. Menendang yang lebih kuat dan kerap juga menunjukkan bahawa bayi sedang berkembang dengan baik. Tetapi intensiti tendangan bayi dan kekerapan berbeza bagi setiap individu (faktor : saiz, kedudukan bayi, serta kesihatan ibu dan bayi). 

Apabila usia kandungan mencecah 28 minggu dan ke atas, ibu akan diminta untuk mengisi carta pergerakan bayi (carta pergerakan janin) setiap hari. Jika pergerakan bayi kurang dari 10 kali dalam masa 12 jam, atau tiada pergerakan langsung, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan segera.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.

ms_MYMalay