Jenis-jenis Pil Perancang Kehamilan Yang Mommies Perlu Tahu
Pil perancangan kehamilan merupakan salah satu kaedah hormonal yang kerap digunakan. Hormon yang digunakan dalam pil perancang ialah hormon yang terlibat dalam sistem reproduktif wanita. Dua jenis hormon tersebut ialah hormon daripada kumpulan estrogen dan kumpulan progesteron.
Terdapat dua kumpulan pil perancang kehamilan yang utama dalam pasaran.
1ST : Kumpulan hormon progesteron sahaja (POP).
2nd : Kombinasi kedua-dua kumpulan hormon estrogen dan progesteron (COC).
| ESTROGEN + PROGESTERON ( COC ) | ||
| Cara Pakai | Keberkesanan | Kesan sampingan |
| – Mula mengambilnya pada hari Ahad pertama selepas haid. | Biasa 91% | – loya, muntah-muntah, sakit kepala |
| – Jika hari pertama haid jatuh pada hari Ahad, pil tersebut hendaklah diambil pada hari yang sama. | 99% jika diambil dengan masa yang tetap dan sempurna | – spotting atau berlaku antara haid |
| – Penetapan satu hari yang khusus ini untuk memudahkan pengguna mengingati hari pertama setiap kitaran sekaligus mengelakkan pengguna tertinggal dos. | – peningkatan berat badan | |
| – 21 biji @ 28 biji | – perubahan kepada payudara | |
| – tekanan darah tinggi | ||
| – pembentukan gumpalan darah dalam salur darah di kaki dan paru-paru | ||
| PROGESTERON ( POP ) | ||
| Cara Pakai | Keberkesanan | Kesan sampingan |
| – Sama seperti COC | Biasa 91% | – loya, muntah-muntah, sakit kepala |
| - 28 biji | 97% jika diambil dengan masa yang tetap dan sempurna | – spotting atau berlaku antara haid |
| – Boleh digunakan 24 jam selepas bersalin/keguguran | – perubahan kepada payudara | |
– boleh digunakan pada wanita yang ada masalah berikut :
|
||
Pil Kecemasan
| Levonorgestrel | Ulipristal asetat |
| – Berkesan dalam masa 72 jam atau 3 hari selepas seks yang tidak dilindungi. | – Berkesan dalam masa 120 jam atau 5 hari selepas seks yang tidak dilindungi |
| – kurang berkesan untuk wanita yang beratnya melebihi 70kg. | – Bagi mereka yang mempunyai berat badan tidak melebihi 88.5kg |
| – dikumuhkan ke dalam susu ibu | – dikumuhkan ke dalam susu ibu |
| – jarakkan penyusuan bayi sekurang-kurangnya 8 jam selepas pengambilannya | – sepanjang tempoh 36 jam selepas pengambilan pil, susu badan perlu dipam keluar dan dibuang. |
| – Contoh: Escapelle , Postinor | Contoh: Ella |
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang pil yang sesuai dengan anda.