Wajib Ke Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil?

Dr Nor'Afifah Musa

Klinik Ajwa Seksyen 15

Hi semua, saya Dr Afifah akan mengkaji topik vaksin Tdap (Vaksin gabungan Tetanus, Difteria dan Petusis) untuk wanita hamil.

Petusis atau batuk kokol merupakan penyakit berjangkit daripada kuman Bortenella Pertusis . Ia menyebabkan masalah penafasan kepada pesakit yang menghidapinya.

Antara komplikasi penyakit batuk kokol adalah ia boleh menyebabkan penafasan berhenti secara tiba-tiba (apnea), jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), kesukaran untuk makan disebabkan batuk yang teruk, sawan (sawan) dan ia juga boleh membawa maut.

Kajian menunjukkan batuk kokol paling berisiko untuk kanak – kanak berusia 3 bulan ke bawah dan kanak-kanak yang tidak menerima vaksinasi wajib mengikut usia1. Kanak-kanak yang baru lahir hanya boleh diberikan vaksin batuk kokol (DTaP) pada usia 2 bulan ke atas, menyebabkan mereka terdedah kepada risiko jangkitan daripada ahli keluarga dan penjaga. Oleh sebab itu, langkah pencegahan dengan memvaksinasi vaksin batuk kokol (Tdap) pada wanita hamil diperkenalkan bagi melindungi golongan berisiko tinggi ini.

Langkah memvaksin wanita hamil ini membolehkan bayi menerima imunisasi (Ig G) terhadap batuk kokol secara pasif  (imuniti pasif) daripada ibu mereka (transplacenta) sebelum mereka boleh menerima vaksin pada usia 2 bulan.

Jadual vaksinasi kebangsaan untuk kanak-kanak.

Vaksin Tdap mengandungi tetanus toxoid, diphteria toxoid dan acellular petusis .Wanita hamil memerlukan 1 suntikan sahaja. Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) menyarankan agar vaksinasi diberikan pada 27hb hingga 36hb minggu kehamilan2. Beberapa kajian menunjukkan pemberiaan vaksin ini seawal pada 13 minggu kehamilan memberikan tahap imunisasi yang lebih tinggi3 .

Terdapat 2 jenama vaksin ini yang boleh didapati di Malaysia : Adacel (Sanofi Pasteur) dan Boostrix (GSK)

Adacel (Sanofi Pasteur) dan Boostrix (GSK) 

Wanita hamil digalakan untuk mengambil vaksin ini untuk melindungi diri dan bayi. Sebarang maklumat dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai perubatan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.

Rujukan:

  1. Mansor J, Ismail H, Ismail N. Determinants of Pertusis among Young Children in Selangor, Malaysia. Sains Malaysiana. 2021 Feb 1;50(2):437-47.
  2. Zahn CM, Riley LE. Wanita hamil kini harus menerima vaksin Tdap semasa setiap kehamilan seawal 27-36 minggu tempoh kehamilan yang mungkin untuk memaksimumkan pemindahan antibodi kepada janin. Kedua-dua ACOG dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyokong cadangan ini. Sebagai penyedia penjagaan kesihatan wanita yang dipercayai, anda berada dalam kedudukan kritikal untuk mengesyorkan dan menawarkan vaksin Tdap kepada pesakit hamil anda semasa setiap kehamilan. Pendapat Jawatankuasa ini juga menyerlahkan data keselamatan dan keberkesanan terkini ….
  3. Eberhardt CS, Blanchard-Rohner G, Lemaître B, Boukrid M, Combescure C, Othenin-Girard V, Chilin A, Petre J, de Tejada BM, Siegrist CA. Imunisasi ibu pada awal kehamilan memaksimumkan pemindahan antibodi dan jangkaan seropositivity bayi terhadap pertusis. Penyakit Berjangkit Klinikal. 2016 Apr 1;62(7):829-36.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.

ms_MYMalay