Menurut World Health Organization (WHO), sejak tahun 2020, kanser payudara telah menjadi jenis kanser paling biasa ditemui dalam seluruh dunia, mengatasi bilangan kes baharu kanser paru-paru. Di Malaysia, pesakit yang menghadapi kanser payudara telah menjadi signifikan sehingga 19% dikalangan masyarakat, yang mengatasi kanser jenis colorectal (usus besar). Walau bagaimanapun, jenis kanser payudara dan colorectal ini masih mempunyai kadar yang tinggi tidak dikesan pada peringkat awal.
Penyakit kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian pra-matang di kalangan rakyat Malaysia berumur 30 – 69 tahun. Kadar kelangsungan hidup selepas diagnosis kanser payudara di Malaysia hanyalah 66.8%. Ini adalah kerana, kebanyakan pesakit hanya dapat dikesan pada peringkat lanjutan atau Advanced Breast Cancer(ABC).
Gambar 1 : Tahap Kanser Payudara
Untuk kita lebih memahami dalam prognosis ABC, sebuah kajian telah dilakukan yang memberi gambaran bahawa; semakin awal pengesanan kanser payudara, semakin tinggi kadar kelansungan hidup selepas diagnosis kanser payudara. Pesakit kanser payudara tahap 0 – 2 mempunyai kadar kelangsungan hidup setinggi 88 – 100%. Manakala, tahap 3 yang dimana pesakit mula mempunyai simptom-simptom, mempunyai kadar kelangsungan hidup setinggi 52%, di mana tahap 4 hanya mempunyai kadar 16% sahaja.
Bagaimana mengesan kanser payudara?
- Melalui pemeriksaan sendiri payudara – BSE
- Boleh hadir ke klinik utk melalukan ultrasound
- Mammogram utk wanita berumur 40 tahun dan ke atas
Jika terdapat ketulan, doktor akan merujuk ke hospital berjumpa doktor pakar untuk ujian biopsi bagi memastikan status ketumbuhan. Dalam meningkatkan kadar kesedaran terhadap kanser payudara, kita secara langsung membantu para wanita untuk cuba mengesan kanser payudara di tahap lebih awal. Ini supaya lebih ramai wanita yang lebih menyedari pentingnya saringan kanser payudara.