Psoriasis adalah “musuh” yang tersembunyi dalam sel kulit yang mungkin anda tidak sedar. Gangguan kulit ini dikategorikan sebagai kronik dan tidak berjangkit. Ianya disebabkan sistem imun menyerang sel-sel kulit dan berlakunya pengeluaran sel kulit yang berlebihan. Hasilnya adalah :
- Ruam merah bersisik yang mungkin terasa gatal atau menyakitkan.
- Kulit yang meradang dan kering boleh menyebabkan ketidakselesaan.
- Sesetengah pesakit juga mengalami artritis psoriasis, yang menjejaskan sendi dan menyebabkan kesakitan.
Psoriasis boleh muncul di mana-mana bahagian badan, tetapi ada beberapa kawasan yang lebih biasa diserang terutama siku, lutut, kulit kepala, dan punggung bawah. Penyakit ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya :
- Plaque Psoriasis
- Ini adalah jenis psoriasis yang paling umum, mempunyai plak-plak tebal merah dan bersisik yang biasanya muncul pada siku, lutut, kulit kepala, dan bahagian bawah punggung.
- Guttate Psoriasis
- Jenis ini sering muncul secara tiba-tiba sebagai bintik-bintik kecil pada tubuh, biasanya berlaku pada kanak-kanak atau remaja.
- Flexural Psoriasis (Inverse Psoriasis)
- Biasanya muncul pada lipatan kulit, seperti di bawah payudara, celah kangkang, atau pada bahagian lipatan perut. Plak ini rata dan selalunya tidak bersisik seperti yang lain.
- Pustular Psoriasis
- Terdapat pustul (nanah) kecil pada kulit yang meradang. Jenis ini boleh merebak dengan cepat dan sering disertai dengan demam dan rasa selesa.
- Psoriasis Erythrodermic
- Ini adalah bentuk psoriasis yang sangat jarang berlaku. Didatangi dengan kemerahan dan pengelupasan kulit pada seluruh tubuh. Boleh mengakibatkan penyakit sistemik dengan pengaturan suhu yang tidak normal, ketidakseimbangan elektrolit, atau kegagalan jantung
- Scalp Psoriasis
- Ia mempengaruhi kulit kepala, bahagian belakang telinga dan leher. Boleh bervariasi dari gatal ringan hingga plak yang tebal dan bersisik.
- Nail Psoriasis
- Psoriasis juga dapat mempengaruhi kuku, menyebabkan perubahan seperti titik-titik kecil di bawah kuku, perubahan warna, penebalan, atau pemisahan kuku dari jari.
Faktor-faktor Psoriasis juga dikaitkan dengan genetik dan alam sekitar. Contohnya, jika ada ahli keluarga yang mengidap psoriasis, risiko anda untuk mendapatnya lebih tinggi. Faktor-faktor lain yang boleh memburukkan keadaan psoriasis adalah:
- Tekanan emosi atau fizikal boleh mencetuskan psoriasis atau menjadikannya lebih teruk.
- Luka, calar, atau gigitan serangga boleh menyebabkan munculnya psoriasis di kawasan yang tercedera, yang dikenali sebagai fenomena Koebner.
- Cuaca kering dan sejuk boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan psoriasis flare-up.
- Jangkitan tekak atau jangkitan lain boleh mencetuskan psoriasis, terutama jenis guttate.
- Beberapa ubat seperti beta-blocker atau ubat antimalaria boleh mencetuskan psoriasis.
Penyakit ini tiada rawatan khusus untuk pulih. Namun, rawatan topical Hydrocortisone steroid dan intervensi phototherapy mampu mengawal symptom psoriasis. Rawatan terkini di Malaysia adalah biologic rawatan berupa suntikan di bawah kulit. Tetapi, kos rawatan adalah agak mahal.