Nampak Okay, Rupanya Anxiety…

Dr Amin Akram

Klinik Ajwa Seksyen 7

Nampak Okay, Rupanya Anxiety…

 

Di sebalik senyuman dan gelak tawa, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa seseorang mungkin sedang bergelut dengan anxiety. Kesakitan anxiety tidak dapat dilihat dari luaran seperti sakit-sakit lain, ia sakit secara dalaman yang dialami oleh seseorang. Mereka yang kelihatan paling tenang atau ceria, sebenarnya sedang berjuang dengan perasaan cemas yang berterusan atau dalam sesuatu tempoh.

Apa Itu Anxiety? 

Anxiety adalah gangguan kesihatan mental yang menyebabkan rasa takut atau cemas yang berlebihan, kadang-kadang tanpa sebab yang jelas. Orang normal merasa cemas atau risau dalam waktu-waktu tertentu, contohnya sebelum ujian atau temuduga. Tetapi untuk pesakit anxiety, rasa cemas ini boleh terjadi bila-bila masa dan dimana jua tanpa diduga.

Anxiety bukan hanya kerana “terlalu banyak berfikir” atau “tak cukup kuat mental.” Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, termasuk:

  • Pengalaman Traumatik: Trauma pada masa kecil atau pengalaman hidup yang mengejutkan (seperti kehilangan orang tersayang, penderaan, atau kecederaan) boleh mencetuskan gangguan kecemasan.
  • Keturunan Genetik: Sekiranya ada sejarah keluarga yang menghidap anxiety atau gangguan mental lain, kemungkinan seseorang itu juga berisiko untuk mengalaminya.
  • Keseimbangan Kimia Otak: Ketidakseimbangan dalam bahan kimia otak, seperti serotonin dan dopamine, boleh menyumbang kepada gangguan kecemasan.

 

Tanda-Tanda Anxiety : 

  • Overthinking
    Anda mungkin sering berfikir tentang perkara yang belum berlaku, atau merisaukan sesuatu yang tidak pasti. Fikiran berulang-ulang ini boleh mengganggu fokus anda dan menyebabkan keletihan mental yang teruk.
  • Sukar Tidur
    Tidur yang tidak nyenyak adalah satu lagi tanda biasa. Anda mungkin merasa terlalu cemas untuk tidur, atau terjaga tengah malam kerana fikiran yang tidak berhenti.
  • Rasa Terpinggir
    Anda mungkin rasa terasing daripada orang sekeliling atau merasa “terperangkap” dalam keadaan tidak menentu dan menganggu keyakinan diri. Sebab itu orang yang ada anxiety lebih suka menyendiri dan mengelak dari aktiviti sosial.
  • Mood yang Tidak Stabil
    Mudah marah, mudah menangis, atau perasaan “down” tanpa alasan yang jelas. Kadang-kadang, rasa cemas ini boleh mengubah emosi kita dengan cepat.
  • Keresahan Fizikal
    • Jantung berdegup pantas
    • Nafas yang sesak atau laju
    • Berpeluh berlebihan
    • Sakit kepala atau pening
    • Ketegangan otot, terutamanya di bahu dan leher

 

Anxiety melibatkan gangguan terhadap sistem saraf dan boleh menyebabkan perubahan fizikal dalam badan kita, menyebabkan simptom-simptom yang kelihatan serupa dengan masalah kesihatan fizikal. Simptom seperti pening kepala, sakit dada, masalah perut, dan kekurangan nafas sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit lain, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh gangguan kecemasan.

Cara Atasi Anxiety :

  • Deep breathing
  • Grounding
  • Self-affirming
  • Butterfly hug

 

Semua teknik ini berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Anda dapat belajar lebih banyak teknik dengan menghadiri rehabilitasi atau sesi kaunseling.

Bila Masa Sesuai Berjumpa Psikologi atau Psikiatri ?

  • Menganggu rutin harian
  • Tiada selera makan
  • Tidak boleh tidur
  • Sukar mengawal emosi
  • Tidak dapat menguruskan diri
  • Mempunyai simptom-simptom pada fizikal ( sakit kepala, masalah tidur, atau gangguan pencernaan).

 

Tidak semua orang yang berjumpa dengan psikologi atau psikiatri akan diberi ubat. Tujuan utama berjumpa dengan pakar adalah untuk mereka menilai keadaan mental anda dan memberikan cadangan rawatan yang sesuai. Anxiety mungkin membuatkan anda rasa seperti dunia ini berat untuk dihadapi. Tetapi ingat, anda tidak bersendirian. Ramai orang di luar sana juga melalui cabaran yang sama. Yang penting anda perlu dapatkan rawatan segera dan ingat, kita berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.