'Brisk-Walking' Senaman Mesra Jantung.

Dt Noor Aina

Pakar pemakanan Klinik Ajwa

Dalam kesibukan harian, mencari masa untuk senaman boleh menjadi cabaran. Namun, senaman ringkas seperti berjalan pantas atau berjalan pantas dapat memberi manfaat besar, terutamanya dalam menjaga kesihatan jantung dan mencegah pelbagai penyakit.

 

Manfaat Brisk-Walking

Mengurangkan Berat Badan 

Berjalan pantas adalah aktiviti intensiti sederhana yang dapat membantu membakar kalori dengan efisien. Berjalan pantas selama 30-45 minit hari, tubuh dapat membakar kalori setiap hari untuk membantu mengurangkan berat badan. Ini mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung yang sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan.

Mengurangkan Tekanan Darah 

Apabila kita berjalan, jantung mengepam darah dengan lebih cekap. Jadi ia boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini bermanfaat untuk mengurangkan risiko komplikasi jantung seperti strok atau serangan jantung.

Membakar Kalori 

Berjalan pantas selama setengah jam sehari boleh membantu membakar kira-kira 150 – 200 kalori, bergantung kepada berat badan dan intensiti berjalan. Apabila dilakukan secara konsisten, kalori yang dibakar akan menyumbang kepada pengurangan lemak dalam badan dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Merendahkan Kadar Gula dalam Darah 

Bagi mereka yang menghadapi risiko diabetes, ia boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Senaman ini meningkatkan kecekapan insulin (sensitiviti insulin), yang membolehkan glukosa dalam darah digunakan dengan lebih baik oleh sel-sel badan, dalam masa yang sama dapat mengawal paras gula.

Merendahkan Kolesterol dalam Darah 

Ia juga dapat membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL-Kolesterol) dan mengurangkan kolesterol jahat (LDL-Kolesterol) dalam darah. Ini penting untuk mengekalkan arteri yang sihat dan mengurangkan pembentukan plak yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Berjalan pantas merupakan pilihan senaman yang paling mudah kerana ia mampu dilakukan oleh semua golongan. Luangkan minimum 150 minit masa anda setiap minggu, demi kesihatan jantung.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.