Terdapat 2 Gangguan Gastrousus yang biasa berlaku
- Ulser gastrik
- Asid refluks (GERD)
Walau bagaimanapun, dispepsia berfungsi seperti IBS sebenarnya adalah masalah yang paling kerap berlaku. H. pylori ( Helicobacter Pylori ) adalah sejenis bakteria yang merupakan punca utama yang dikaitkan dengan ulser gastrik, di mana 60% hingga 70% pesakit ulser gastrik didapati positif jangkitan ini. Punca lain yang biasa adalah penggunaan ubat tahan sakit anti-radang bukan steroid (NSAIDs) yang lama.
Rawatan Gastrik Ulser
Rawatan telah berkembang daripada H2RA seperti simetidin/ranitidin) kepada PPI (Proton Pump Inhibitors) seperti Omeprazole dan Pantoprazole Evolusi terbaru ialah kumpulan Vonoprazan yang mula digunakan di Jepun dan kini semakin meluas di Asia.
Perbezaan antara PPI dan Vonoprazan
Cara Pengambilan: PPI memerlukan asid gastrik untuk diaktifkan, jadi ia mesti diambil 30 minit sebelum makan manakala Vonoprazan tidak bergantung kepada keadaan asid maka ia boleh diambil sebelum atau selepas makan tanpa menjejaskan keberkesanannya.
Bagaimana ia Bertindak?
PPI mempunyai kesan dos kumulatif dan mengambil masa kira-kira seminggu untuk mencapai kesan maksimum manakala Vonoprazan mencapai penindasan asid maksimum sejak pertama Vonoprazan mampu mengekalkan tahap pH perut di atas 4 untuk tempoh yang lebih lama, terutamanya pada waktu malam.
Pembasmian H. Pylori
H. pylori adalah karsinogen kelas satu yang boleh menyebabkan kanser perut. Kaedah rawatan adalah dengan menggunakan Vonoprazan selama 7 hari mampu membasmi H Pylori sebanyak 92% manakala rawatan PPI kebiasaan adalah selama 14 hari. Antibiotik berfungsi dengan baik dalam persekitaran yang kurang asid (pH > 5). Vonoprazan membantu mengekalkan pH ini dengan lebih stabil untuk memudahkan antibiotik bertindak.
Pengurusan GERD dan Diet
GERD (pedih ulu hati) menjejaskan kira-kira 10% populasi di Asia.
Mitos Makanan Pedas:
Makanan pedas tidak menyebabkan pedih ulu hati, tetapi ia akan memburukkan simptom jika pesakit memang sudah mengalami masalah refluks.
Diet Saranan: Pesakit digalakkan
- Mengamalkan diet rendah lemak dan makan dalam porsi kecil tetapi kerap dan mengurangkan makanan berminyak
- Elakkan diet penyingkiran yang terlalu ekstrem kerana ia boleh menyebabkan tekanan tambahan kepada pesakit