Gout dan Hiperurisemia

Dr. Leny Marlina

Klinik Ajwa Seksyen 7

Gout adalah sejenis penyakit kronik yang sering berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita, manakala wanita muda jarang menghidapinya kerana mereka biasanya terlindung sehingga tempoh pascamenopause. Gout adalah penyakit boleh sembuh dengan mudah asalkan pesakit mematuhi terapi jangka panjang serta mengekalkan tahap asid urik yang normal.

Perbezaan Hiperurisemia dan Gout
1 Hiperurisemia – Merujuk kepada tahap asid urik yang tinggi secara berterusan dalam darah (biasanya melebihi 420 umol/L) tanpa gejala klinikal

2.Gout – Merupakan penyakit dengan tanda-tanda klinikal di mana pesakit mengalami sendi yang merah, panas, dan bengkak. Hanya kira-kira 20% individu dengan asid urik tinggi akan mendapat serangan gout, tahap asid urik yang tinggi juga adalah penanda risiko untuk sindrom metabolik, diabetes, sakit jantung, dan penyakit buah pinggang.

Punca Utama: Genetik vs Diet
Mengikut Dr Adrian Mark Masnammany, Pakar Perunding Perubatan & Rheumatologi, Hospital Pakar Avisena.

Gout pada dasarnya adalah disebabkan oleh gangguan sama ada badan menghasilkan asid urik atau badan kurang menyingkirkannya. Penting untuk difahami bahawa 70% asid urik dihasilkan sendiri oleh badan sebagai bahan buangan sel, manakala faktor diet hanya menyumbang kurang daripada 30%. Dalam hal ini, makanan (seperti makanan laut) hanyalah bertindak sebagai pencetus (faktor pencetus) serangan jika tahap asid urik sedia ada sudah pun tinggi.

Komplikasi Gout jika Tidak Dirawat

  • Kerosakan Buah Pinggang. Asid urik pinggang boleh membentuk kristal dalam tisu buah, menyebabkan, batu karang, dan mempercepatkan penyakit buah pinggang kronik (CKD)
  • Penyakit Jantung: Setiap serangan gout meningkatkan risiko serangan jantung dan strok dalam tempoh 90 hari selepas serangan tersebut kerana penyakit sistemik
  • Gout Tulang Belakang (Spinal Gout). Kristal asid urik boleh mendap di tulang belakang, menyebabkan sakit belakang yang teruk dan sering disalah diagnosis sebagai masalah slip disc
  • Tofi (Tophi):Mendapan kristal yang besar di bawah kulit dan tendon yang berlaku selepas kira-kira 10 tahun tanpa rawatan

 

Sasaran Rawatan (Target)
Dua angka penting yang perlu diingat untuk tahap asid urik ialah:

1. Bawah 360 umol/L : untuk kebanyakan pesakit gout
2. Bawah 300 umol/L : bagi pesakit yang teruk (mempunyai kerosakan sendi, serangan kerap, atau tofi)
3. Jika tahap asid urik dikekalkan di bawah 300 umol/L, tofi boleh mengecil dan hilang secara beransur-ansur tanpa memerlukan pembedahan.

Pilihan Ubat Jangka Panjang
1.Allopurinol: Ubat lini pertama yang berkesan dan murah. Ia mesti dimulakan dengan dos rendah (100mg atau 50mg bagi pesakit buah pinggang) dan ditingkatkan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan risiko alahan teruk yang dikenali sebagai Allopurinol Hypersensitivity Syndrome (AHS).

2.Febuxostat:Pilihan utama bagi pesakit yang alahan kepada Allopurinol atau tidak mencapai sasaran asid urik walaupun dengan dos Allopurinol yang tinggi. Ia lebih kuat, mempunyai dos yang ringkas (40mg, 80mg, atau 120mg), dan lebih baik serta bermanfaat untuk pesakit buah pinggang (CKD) kerana ia dimetabolisme terutamanya oleh hati Febuxostat juga terbukti selamat untuk jantung dan boleh membantu melambatkan perkembangan kerosakan buah pinggang.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.