Kanser Payudara : Kesan Sebelum Terlambat

Dr Mardiana Kamal

Klinik Ajwa Seksyen 15

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak tahun 2020, kanser payudara telah menjadi jenis kanser yang paling biasa ditemui di seluruh dunia, mengatasi bilangan kanser paru-paru baharu. Di Malaysia, pesakit yang menghadapi kanser payudara telah menjadi signifikan sehingga 19% dikalangan masyarakat, yang mengatasi jenis kanser kolorektal (usus besar). Walau bagaimanapun, jenis kanser payudara dan kolorektal ini masih mempunyai kadar yang tinggi tidak dikesan pada peringkat awal.

Penyakit kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian pra-matang di kalangan rakyat Malaysia berumur 30 – 69 tahun. Kadar kelangsungan hidup selepas diagnosis kanser payudara di Malaysia hanyalah 66.8%. Ini adalah kerana, kebanyakan pesakit hanya boleh dikesan pada peringkat lanjutan atau Kanser Payudara Lanjutan (ABC).

Gambar 1 : Tahap Kanser Payudara 

Untuk kita lebih memahami dalam prognosis ABC, sebuah kajian telah dilakukan yang memberi gambaran bahawa; semakin awal pengesanan kanser payudara, semakin tinggi kadar kelansungan hidup selepas diagnosis kanser payudara. Pesakit kanser payudara tahap 0 – 2 mempunyai kadar kelangsungan hidup setinggi 88 – 100%. Manakala, tahap 3 yang mana pesakit mula mempunyai simptom-simptom, mempunyai kadar kelangsungan hidup setinggi 52%, di mana tahap 4 hanya mempunyai kadar 16% sahaja

Bagaimana mengesan kanser payudara?

  1. Melalui pemeriksaan sendiri payudara – BSE 
  2. ⁠Boleh hadir ke klinik untuk melakukan ultrasound
  3. Mammogram untuk wanita berumur 40 tahun dan ke atas

 

Jika terdapat ketulan, doktor akan merujuk ke hospital berjumpa doktor pakar untuk ujian biopsi bagi memastikan status pertumbuhan. Dalam meningkatkan kadar kesedaran terhadap kanser payudara, kita secara langsung membantu wanita untuk cuba mengesan kanser payudara di tahap lebih awal. Ini supaya lebih ramai wanita yang lebih menyedari pentingnya saringan kanser payudara.

Topik Berkaitan

Terokai beberapa topik lain yang mungkin menarik minat anda.

ms_MYMalay