Positif Hamil Tapi Kantung Kosong?

Dr Mardiana Kamal

Klinik Ajwa Seksyen 15

Positif Hamil Tapi Kantung Kosong?

Apabila anda mendapati positif kehamilan dan terus menjalani imbasan ultrasound, kemudian doktor memaklumkan kantung kehamilan (gestational sac) kelihatan kosong. Situasi ini boleh mendatangkan kebimbangan, terutama dalam kalangan wanita yang pertama kali hamil atau tiada pengalaman mengalami situasi ini.

Kantung kehamilan kosong merujuk kepada keadaan di mana tiada janin (embryo) atau kantung kuning (yolk sac) didapati atau dikesan di dalam kantung. Kantung ini terbentuk selepas proses persenyawaan dan sepatutnya menjadi tempat di mana janin akan berkembang.

Janin kebiasaannya dapat dilihat melalui ultrasound transvaginal sekitar minggu ke-5 hingga minggu ke-6 kehamilan, tetapi ia bergantung kepada kadar pertumbuhan dan tahap hormon hCG dalam tubuh ibu.

 

Kenapa Situasi Ini Boleh Berlaku ?

1.Kehamilan Terlalu Awal (Early Intrauterine Pregnancy)

Jika imbasan dilakukan terlalu awal, embrio mungkin masih terlalu awal untuk dapat dikesan. Doktor akan menasihati untuk ulang scan selepas 7–14 hari kehamilan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

2. Kehamilan Tanpa Embrio (Blighted Ovum)

Juga dikenali sebagai anembryonic pregnancy, ia berlaku apabila kantung kehamilan terbentuk tetapi embrio gagal berkembang. Ia kebiasanya disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.

3. Keguguran Awal (Early Pregnancy Loss)

Kadangkala, janin telah wujud tetapi kemudiannya tidak berkembang, lalu diserap semula oleh badan. Ini boleh menyebabkan kantung kelihatan kosong semasa imbasan susulan.

4. Faktor Teknikal atau Posisi Rahim

Kualiti imej ultrasound boleh terjejas oleh posisi rahim, lapisan lemak badan, atau resolusi mesin imbasan. Ini boleh menyukarkan pengesanan struktur kecil seperti embrio atau yolk sac.

 

Apa Perlu Buat Jika Scan Nampak Kantung Kosong?

  • Jangan panik dan scan awal kadang-kadang belum cukup untuk nampak janin. Kebiasaanya doktor akan minta buat ulangan scan.
  • Perhatikan simptom-simptom seperti pendarahan, sakit perut yang kuat, atau demam. Jika symptom ini berlrutan, segera berjumpa doktor.
  • Ikuti nasihat doktor jika scan ulangan masih menunjukkan kantung kosong. Samada perlu buat langkah seterusnya.

 

Kantung kosong pada scan awal bukan selalu bermakna masalah serius. Ia perlu dipantau dan disahkan dengan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Sentiasa mendapatkan konsultasi dan nasihat oleh doktor supaya anda mendapat informasi tepat.

 

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.

en_USEnglish