...

Risiko GBS Semasa Kehamilan.

Dr Siti NurAin

Klinik Ajwa Seksyen 7

GBS atau dikenali Group B Streptococcus (GBS) ialah sejenis bakteria yang boleh ditemui secara semula jadi dalam saluran faraj dan usus tanpa menyebabkan sebarang gejala. Namun, bakteria ini boleh menjadi berbahaya kepada ibu hamil dan terutamanya pada bayi dalam kandungan, terutamanya semasa proses kelahiran.

GBS bukanlah penyakit kelamin dan boleh ditemui pada individu sihat tanpa sebarang tanda jangkitan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu.

Bahaya GBS Kepada Bayi Baru Lahir:

Bayi baru lahir lebih berisiko mendapat jangkitan GBS jika ibu adalah pembawa bakteria ini dan tidak menerima rawatan sewajarnya. Jangkitan awal (Early-Onset GBS) boleh berlaku semasa proses kelahiran dalam tempoh 24 – 48 jam pertama selepas kelahiran. Jangkitan GBS Lewat (Late-Onset GBS)  juga boleh berlaku daripada persekitaran dan orang sekeliling selepas 7 hari – 3 bulan selepas kelahiran.

Pentingnya mengesan GBS kerana imuniti bayi masih terlalu lemah lagi untuk melawan kuman bakteria GBS dan risiko sepsis pada bayi. Tahap serius jangkitan ini boleh menyebabkan penyakit meningitis dan kematian neonatal kepada terhadap bayi. Pastikan anda menjalani pemeriksaan berkala dan berbincang dengan doktor mengenai langkah-langkah pencegahan untuk memastikan kehamilan dan kelahiran yang selamat.

Kenapa GBS Bahaya Semasa Hamil?

Walaupun GBS tidak membahayakan kebanyakan wanita dewasa, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius kepada ibu hamil:

  • Kelahiran Pramatang
    • Ia menyebabkan jangkitan pada rahim yang meningkatkan risiko kelahiran sebelum minggu ke-37 kehamilan. Bayi pramatang akan lebih terdedah kepada masalah pernafasan, sistem imun yang lemah, dan komplikasi perkembangan.

 

  • Jangkitan Saluran Kencing (UTI)
    • Kerap membuang air kecil dengan rasa sakit atau pedih. 
    • Air kencing keruh atau berdarah.
    • Demam dan ketidakselesaan pada bahagian pinggang (tanda jangkitan merebak ke buah pinggang).

 

  • Chorioamnionitis (Jangkitan Selaput Ketuban)
    • Demam tinggi
    • Degupan jantung ibu dan bayi yang laju.
    • Rahim menjadi sakit apabila disentuh.
    • Pelepasan cecair faraj yang berbau busuk.

 

  • Sepsis dan Endometritis selepas bersalin
    • Demam dan kesejukan.
    • Sakit perut yang berterusan.
    • Pelepasan darah dari faraj yang berbau busuk.

 

Langkah-Langkah Pencegahan :

Untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada ibu dan bayi, langkah pencegahan berikut sangat penting:

  • Ujian saringan GBS semasa minggu ke-35 hingga 37 kehamilan.
  • Antibiotik akan diberikan 4 jam sebelum bersalin jika didapati positif GBS.
  • Pemantauan bayi selepas kelahiran dipantau sekurang-kurangnya 48 jam.

 

Tahap serius jangkitan ini boleh menyebabkan penyakit meningitis dan kematian neonatal kepada terhadap bayi. Pastikan anda menjalani pemeriksaan berkala dan berbincang dengan doktor mengenai langkah-langkah pencegahan untuk memastikan kehamilan dan kelahiran yang selamat.

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.