Kenapa Buku Pink Wajib?
Buku Pink atau Buku Antenatal ibu hamil adalah sangat penting seolah-olah seperti pasport @ kad pengenalan bagi semua ibu yg baru memulakan ‘pregnancy journey’. Ia merupakan dokumen rasmi yang mencatatkan segala maklumat penting mengenai kesihatan ibu dan perkembangan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Sama seperti pasport yang membawa seseorang untuk perjalanan antarabangsa, atau kad pengenalan yang mengenal pasti seseorang dalam pelbagai situasi, Buku Pink memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi bermula dari pemeriksaan di klinik sehinggalah ke proses kelahiran di Hospital.
Ada Apa Dalam Buku Pink?
- Biodata penting ibu & pasangan spt no ic & hp
- sejarah kandungan kehamilan yg terdahulu.
- rekod pemeriksaan kesihatan rutin visit yg lalu.
- rekod ubatan yg pernah di ambil
Mengapa Buku Pink Sumber Rujukan Utama Doktor?
- Buku Pink Sebagai Identiti Kehamilan
- Buku Pink bukan hanya menyimpan sejarah perubatan, tetapi juga menunjukkan status ibu sebagai seorang yang hamil. Sebagai kad pengenalan yang membuktikan identiti seseorang, Buku Pink adalah bukti kehamilan yang sah untuk mendapatkan akses kepada kemudahan kesihatan, baik di hospital kerajaan mahupun klinik swasta.
- Cth situasi : Jika ibu hamil pernah menghidap GDM (Gestational Diabetes Mellitus) semasa kelahiran pertama, maklumat tersebut akan dicatatkan dalam Buku Pink. Selain itu, sebarang alergi, sejarah perubatan, dan keputusan ujian lain turut direkodkan.
- Penting untuk Rujukan Perubatan
- Buku Pink adalah rujukan utama bagi doktor dan profesional kesihatan untuk mengetahui sejarah perubatan ibu, perkembangan kehamilan, serta ujian dan pemeriksaan yang telah dijalankan. Buku ini akan mencatatkan rekod lengkap kesihatan ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- Cth situasi : Seorang doktor yang merawat ibu yang menghidap GDM dapat merujuk Buku Pink untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai rawatan terbaru, termasuk kajian klinikal yang relevan dan amalan terbaik.
- Memastikan Rawatan Tepat dan Efisien
- Buku Pink memudahkan doktor untuk membuat keputusan perubatan dengan cepat dan tepat.
- Cth situasi : Dalam kes kecemasan yang memerlukan tindakan cepat, doktor boleh segera merujuk kepada Buku Pink untuk memastikan diagnosis yang tepat dan menyeluruh. Ini mengurangkan masa yang diambil untuk mendapatkan rujukan dan meningkatkan efisiensi dalam situasi kritikal.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink?
Semua bakal ibu boleh dtg ke klinik pilihan anda sebaik sahaja mengetahui anda hamil iaitu seawal 6 minggu kehamilan utk ujian ultrasound bagi mengesahkan keadaan fetus. . Namun Doktor akan menasihatkan ibu untuk membuka buku pink sebaiknya pada usia kandungan 10-14minggu setelah mengesahkan status kesihatan bayi anda membesar mengikut umurnya.
Jika anda hamil dan masih buntu tentang bagaimana cara untuk buka Buku Pink, jangan risau! Staf di Klinik Ajwa sedia membantu anda. Sempena Ulang Tahun ke-20 kami, kami menawarkan harga istimewa RM118 sahaja. InsyaAllah, dengan Buku Pink ini, perjalanan kehamilan anda akan dipantau dengan baik.
Jom bakal ibu buka Buku Pink di Klinik Ajwa!