Setelah mommies dapati positif kehamilan, langkah pertama yang disarankan adalah melakukan Gynae/Pelvis Scan. Banyak soalan yang saya dapati mengenai waktu yang sesuai untuk melakukan scan ini.
Gynae/Pelvis Scan bermula 6 minggu kehamilan. Cara pengiraan usia kehamilan bermula dari tarikh hari pertama kitaran haid (period) terakhir. Ini penting kerana usia kehamilan biasanya diukur dalam minggu dari tarikh tersebut. Untuk memastikan bahawa proses pengesanan ini berjalan dengan lancar, ibu hamil perlu bersedia dengan maklumat kitaran haid mereka sebelum membuat appointment.
Scan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu: Trans-abdominal (TAS, perut) atau Trans-vaginal (TVS, laluan vagina). Kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri. TAS biasanya lebih selesa untuk ibu hamil dan boleh memberikan pandangan yang jelas kepada sonografer, tetapi TVS mungkin diperlukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, terutamanya pada awal kehamilan.
Mengapa scan ini sangat penting? Terdapat beberapa sebab utama:
- Memastikan kantung bayi berada di dalam rahim. Juga untuk memastikan tiada kandungan luar rahim (ektopik). Kandungan ektopik berbahaya untuk ibu mengandung.
- Menentukan usia kandungan dengan mengukur panjang ‘fetal pole’ (CRL). Ia akan membantu dalam menentukan tarikh jangkaan bersalin (EDD).
- Mengesan pergerakan baby dan degupan jantung.
- Mengira bilangan kantung/baby.
Jika melakukan Gynae/Pelvis Scan pada peringkat awal kehamilan, ia dapat memberi peluang kepada ibu untuk mengajukan sebarang persoalan tentang kehamilan, nasihat tentang pemakanan yang sihat, dan memahami langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kehamilan yang sihat.
Di Klinik Ajwa, kami menyediakan servis ultrasound khusus untuk ibu hamil dengan ruang prosedur yang selesa. Anda boleh booking appointment melalui online platform kami di laman web Klinik Ajwa.