...

Anemia Semasa Hamil Boleh Membawa Maut.

Dr Aniza Abdullah

Klinik Ajwa Seksyen 7

Anemia semasa kehamilan merupakan masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan wanita hamil. Keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi serius seperti kelahiran pramatang, berat bayi lahir rendah, dan peningkatan risiko kematian ibu dan bayi. Harap artikel ini dapat membuka mata ibu-ibu hamil bahawasanya penyakit ini perlu dipandang serius. 

Kenapa Ibu Hamil Mudah Mengalami Anemia ?

Semasa hamil, tubuh memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Jika ibu tidak mendapat zat besi, asid folik, atau vitamin B12 yang mencukupi, anemia boleh berlaku.

Punca utama:

  • Kekurangan zat besi – Perlu untuk membentuk hemoglobin dalam darah.
  •  Kurang asid folik – Penting untuk pembentukan sel darah merah.
  • Kekurangan vitamin B12 – Menyokong sistem saraf dan penghasilan sel darah merah.

Tanda-Tanda Anemia Yang Perlu Diperhatikan

Jika anda mengalami simptom di bawah, segera berjumpa doktor:

  •  Keletihan melampau walaupun cukup tidur
  • Pucat pada wajah, bibir, atau kuku
  • Kerap pening, sesak nafas, atau jantung berdegup laju
  • Rasa lemah dan mudah pitam
  • Tumpuan mudah terganggu

Risiko Anemia Kepada Ibu Hamil

Jika anda mengalami simptom di bawah, segera berjumpa doktor:

  • Kelesuan melampau – mengurangkan keupayaan ibu untuk menjalani aktiviti harian.
  • Jangkitan berulang  – Sistem imun yang lemah meningkatkan risiko penyakit.
  • Masalah jantung – Jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengedarkan oksigen.
  • Pendarahan ketika bersalin – Meningkatkan risiko kematian ibu akibat kehilangan darah yang banyak.
  • Tumpuan mudah terganggu

Risiko Anemia Kepada Kandungan/Janin

Anemia yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan janin :

  • Kelahiran pramatang – Bayi dilahirkan sebelum cukup bula, berisiko masalah pernafasan.
  • Berat badan lahir rendah (BBLR) – Bayi mungkin mengalami gangguan pertumbuhan.
  • Anemia neonatal – Bayi mungkin mengalami kekurangan sel darah merah selepas dilahirkan.
  • Perkembangan kognitif terjejas – Kekurangan oksigen boleh menjejaskan perkembangan otak bayi.

 

Terdapat beberapa cara untuk mencegah dan rawat anemia semasa hamil : 

  • Pemakanan yang mengandungi zat besi
    • Daging merah, ayam, ikan, hati ayam.
    • Sayur hijau seperti bayam dan kailan.
    • Kekacang, bijirin penuh dan tauhu.

 

  • Gabungkan dengan Vitamin C
    • Oren, strawberi dan tomato membantu penyerapan zat besi lebih baik.

 

  • Kurangkan kafein
    • Minuman seperti teh dan kopi menghalang penyerapan zat besi.

 

  • Ambil supplemen jika perlu
    • Ikut atas nasihat dan saranan doktor.

 

Sebagai langkah pencegahan, ibu hamil perlu mendapatkan nasihat perubatan bagi memastikan paras hemoglobin berada pada tahap yang optimum dan mengelakkan sebarang komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

RUJUKAN

  • World Health Organization (WHO). (2021). Haemoglobin concentrations for the diagnosis of anaemia and assessment of severity.
  • Ministry of Health Malaysia. (2020). National Health and Morbidity Survey (NHMS): Maternal and Child Health.
  • Centers for Disease Control and Prevention (CDC). (2022). Iron Deficiency Anemia in Pregnancy.

 

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.