Gastrik Dan Hamil? Apa Perlu Ibu Lakukan

Dr Nur Fathonah Jannah

Klinik Ajwa Setia Alam

Semasa fasa kehamilan, tubuh ibu mengalami pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi fizikal, contoh sistem penghadaman. Walaupun tidak semua wanita hamil benar-benar mengalami gastrik gejala yang menyerupainya tetap boleh menyebabkan rasa tidak selesa yang mengganggu rutin harian. Untuk menjawab persoalan ini dengan jelas, kita perlu faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gastrik. Gastrik atau gastritis berpunca dari pengeluaran asid berlebihan, jangkitan bakteria Helicobacter Pylori, pemakanan tidak teratur, stress atau penggunaan ubat seperti NSAIDs (ubat tahan sakit tanpa steroid).

Faktor-Faktor Gastrik Semasa Hamil :

  • Hormon progesteron melemahkan otot injap perut kemudian asid mudah naik ke esofagus (refluks)
  • Rahim semakin mengembang dan menekan perut, membuatkan rasa kembung.
  • Perut kosong terlalu lama kerana morning sickness
  • Mempunyai sejarah gastrik sebelum hamil

 

Simptom-Simptom Gastrik:

  • Sakit atau pedih di bahagian atas perut (ulu hati)
  • Mual dan muntah
  • Kembung atau sendawa
  • Hilang selera makan
  • Perut terasa berangin atau tidak selesa selepas makan
  • Rasa lapar yang menyakitkan terutama perut kosong

 

Cara Mengatasi Gastrik Semasa Hamil :

  • Makan secara kerap walaupun dalam portion sikit (setiap 2-3 jam)
  • Elak perut kosong terlalu lama
  • Elak makanan pedas, berminyak, kafein, berasid, bergas, berempah dan bergoreng
  • Pilih makanan yang tidak pedas dan tidak berminyak
  • Minum air suam berkala
  • Elak minum air terlalu banyak semasa makan
  • Jangan baring selepas makan
  • Tidur dengan bantal tambahan dengan cara tinggikan kepala sedikir
  • Memakai pakaian yang selesa semasa mengandung (contoh: pakaian yang longgar)
  • Mengurus stres dengan baik
  • Dapatkan rehat dan tidur mencukupi

 

Bilakah anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut ?

Jika anda mengalami muntah yang berterusan sehingga mengganggu rutin pemakanan anda, muntah berdarah, najis berwarna hitam, sakit perut luar biasa, berat badan merosot, lemah dan dehidrasi, sila berjumpa dengan kadar segera. Pesanan dari saya, jangan anggap gastrik semasa hamil itu biasa dan perlu ditahan kerana ia boleh mengakibatkan fasa kehamilan anda menjadi sangat tidak selesa. Rawatan awal dan penjagaan pemakanan boleh membantu ibu menikmati fasa kehamilan dengan lebih selesa. Dapatkan nasihat doktor jika ragu-ragu.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.

en_USEnglish