Rawatan Hypertensi Mengelakkan Komplikasi

Dr Leny Marlina

Klinik Ajwa Seksyen 7

Hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah aterosklerosis , penyakit arteri koronari, kegagalan jantung dan strok. Kos rawatan yang semakin meningkat disebabkan oleh ageing populasi ; menjelang tahun 2030, dianggarkan 11% daripada penduduk akan berumur 60 tahun ke atas.

Diagnosis dan Garis Panduan
Hipertensi ditakrifkan sebagai bacaan tekanan darah > 140/90 mmHg.

Penilaian pesakit bukan sahaja berdasarkan nilai tekanan darah, tetapi juga mengambil kira kerosakan organ sasaran seperti hipertrofi ventrikel kiri (Bengkak jantung) atau proteinuria (kegagalan buah pinggang).

Garis panduan antarabangsa (seperti ESC dan AHA) kini mengesyorkan penggunaan ubat combination therapy sebagai langkah awal rawatan bagi kebanyakan pesakit hipertensi, berbanding menunggu untuk menambah ubat secara berperingkat.

Kombinasi Pil Tunggal (Single Pill Combination – SPC)
SPC sangat disyorkan kerana ia dapat meningkatkan kadar kawalan tekanan darah dan merawat dengan berkesanan.

Salah satu kelebihan utama SPC adalah meningkatkan kepatuhan pesakit (adherence) terhadap ubat-ubatan.

Di Malaysia, didapati lebih 40% pesakit tidak patuh (tidak compliance) kepada rawatan, terutamanya apabila mereka perlu mengambil banyak pil yang berbeza (pill burden).

Matlamat Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk mencegah komplikasi seperti serangan jantung dan strok, bukan sekadar menurunkan angka pada mesin tekanan darah. Pengurangan tekanan darah sistolik sebanyak 10 mmHg boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung iskemia sebanyak 30% hingga 40%

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.