Sarcopenia ialah kehilangan jisim otot yang berlaku secara semula jadi dan progresif apabila usia semakin meningkat.
Apakah yang akan berlaku?
- Badan akan rasa penat dan letih
- Masalah apabila menaiki tangga
- Berjalan dengan perlahan
- Hilang keseimbangan badan
- Risiko jatuh dan patah tulang
Kesan Klinikal:
- Meningkatkan risiko jatuh
- Kerapuhan (frailty)
- Kemasukan ke hospital
- Hilang upaya
- Kematian
Risiko Fenotip Asia:
Simpanan otot asas yang lebih rendah dan lemak perut (visceral adiposity) yang lebih tinggi meningkatkan risiko sarcopenia. Kesihatan otot sangat kritikal kerana otot boleh merosot sebanyak 1% setiap tahun.
Tips Untuk Mengekalkan atau Meningkatkan Jisim Otot:
- Kekalkan stamina dengan senaman.
- Diet yang kaya dengan protein amat diperlukan.
Kepentingan Sarcopenia di Asia:
Wilayah Paling Cepat Menua: Asia sedang menua lebih cepat daripada wilayah lain di dunia.Malaysia dijangkakan menjadi negara menua (aging country) menjelang tahun 2035 dan negara tua (aged country) menjelang tahun 2050.
Proses Penilaian (Assessment):
Untuk memeriksa sama ada pesakit mempunyai masalah otot, penilaian berikut harus dilakukan:
- Kekuatan Genggaman Tangan (Handgrip Strength): Langkah pertama untuk memeriksa kekuatan fizikal kerana kaedah ini jauh lebih murah dan mudah untuk kegunaan di peringkat komuniti.
- Mengukur Jisim Otot (Muscle Mass): Menggunakan imbasan DEXA atau mesin yang mengira Skeletal Muscle Index (SMI).
Saringan Awal Proses Penilaian Nutrisi:
1. MNA-SF (Mini Nutritional Assessment – Short Form):
Untuk saringan risiko kekurangan zat makanan.
Item yang dinilai:
- Ambilan makanan
- Penurunan berat badan
- Mobiliti
- Penyakit akut / stres psikologi
- Masalah neuropsikologis seperti demensia
- BMI atau ukuran lilitan betis
Keputusan Skor:
- 12–14: Normal
- 8–11: Berisiko
- 0–7: Kurang zat makanan
2. SNAQ (Simplified Nutritional Appetite Questionnaire):
Soal selidik berkenaan selera makan untuk mengesan risiko penurunan berat badan.Risiko Ketara: Skor ≤14 menunjukkan risiko tinggi kehilangan 5% atau lebih berat badan dalam masa 6 bulan.
Sarkopenia Berlaku:
Sarkopenia berlaku jika kedua-dua kekuatan dan jisim otot berada di bawah tahap normal.Keputusan bacaan menggunakan komposisi body analysis boleh dinilai dengan melihat keputusan SMI (Skeletal Muscle Index).
Nilai Ambang (Cut-off Values) bagi SMI:
- Wanita: Normal > 5.7
- Lelaki: Normal > 7.6
Keperluan Protein dan Tenaga:
- Sasaran Protein: Secara amnya 1.2–1.5 g/kg berat badan sehari untuk mereka yang mempunyai sarcopenia atau penyakit kronik.
- Kaedah Tapak Tangan (The Palm Method): Satu bahagian saiz tapak tangan (tanpa jari) membekalkan kira-kira 20–25 g protein.
- Sasaran Harian: 3 tapak tangan — satu untuk setiap waktu makan utama.
- Keperluan Tenaga: Garis panduan mencadangkan kira-kira 30 kcal/kg berat badan sehari, dilaraskan mengikut status kesihatan. Contohnya, 32–38 kcal/kg untuk warga emas yang kurang berat badan.
Sumber Protein dan Leucine:
Leucine ialah sejenis asid amino penting yang memainkan peranan penting dalam sintesis protein otot, pemulihan sel otot dan kesihatan metabolik keseluruhan.
Sasaran Leucine: 2–3 g leucine bagi setiap hidangan untuk merangsang sintesis protein otot.
Sumber Haiwan Terbaik:
- Dada ayam
- Ikan seperti salmon dan tuna
- Telur
- Udang
Sumber Tumbuhan:
- Tempe
- Kacang soya kering
- Tauhu
- Edamame
Faktor Gaya Hidup dan Tambahan:
- Kesan “Snek Aktiviti”: Menghentikan waktu duduk yang lama setiap 30 minit dengan aktiviti ringkas seperti mencangkung atau berjalan selama 2 minit boleh membantu merangsang aktiviti otot.
- Vitamin D: Sangat penting untuk kekuatan otot dan pencegahan risiko jatuh, terutamanya bagi mereka yang kekurangan vitamin ini.
- Suplemen: Kajian menunjukkan manfaat tambahan yang minimum apabila digabungkan dengan senaman berbanding senaman sahaja untuk kekuatan otot.
Kesimpulan dan Langkah Pencegahan:
- Saringan awal: SARC-F & MNA-SF di peringkat penjagaan primer adalah sangat penting.
- Protein adalah utama: Pastikan ambilan protein mencukupi dan diagihkan secara rata dalam setiap hidangan. Sasaran 1.2–1.5 g/kg/hari atau 1 tapak tangan setiap hidangan.
- Nutrisi + Senaman: Gabungan nutrisi yang mencukupi dengan latihan rintangan (resistance training) adalah piawaian terbaik (gold standard).
Lain-lain:
- Rawat kekurangan Vitamin D
- Omega-3
- Antioksidan
- Microbiome usus yang sihat
- Suplemen boleh membantu
- Sumber cahaya matahari
Ayuh Mulakan Langkah:
- Saring semua individu berumur >65 tahun.
- Koordinasi bersama pasukan multidisiplin.
- Praktikkan peraturan “3 tapak tangan protein sehari” & snacking exercise.
Sumber:
Dr Chong Chin Pang (Clinical Dietitian, KK Jinjang)
InBody Team