Pesakit Kencing Manis, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Kalau anda sudah berusaha makan “sihat” tetapi bacaan gula darah masih belum terkawal, anda tidak keseorangan. Ramai pesakit Diabetes Mellitus menghadapi situasi ini kerana faktor kawalan gula bukan sekadar pilihan makanan semata-mata. Dalam artikel ini, kita akan bongkar punca tersembunyi kenapa gula masih “tak cantik” walaupun nampak makan sudah sihat, dan apa langkah praktikal yang boleh anda ambil untuk kawal bacaan dengan lebih berkesan.
Sebelum kita cuba fahami kenapa bacaan gula boleh jadi tidak terkawal, penting untuk kita kenali dahulu bagaimana Insulin berfungsi dalam badan. Insulin ialah hormon yang membantu membawa gula (glukosa) daripada darah masuk ke dalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga.
Setelah badan menerima glukosa, insulin akan membantu mengangkut glukosa di dalam darah ke dalam sel tubuh. OIeh itu, bacaan gula dalam darah kembali turun ke paras normal setelah beberapa ketika.
Bagi pesakit Diabetes Jenis 2, mereka mengalami rintangan insulin (insulin resistance), di mana sel dalam badan kurang sensitif terhadap hormon insulin. Ini menyebabkan glukosa di dalam darah tidak dapat diangkut sepenuhnya ke dalam sel badan. Akhirnya, bacaan gula dalam darah akan kekal tinggi.
Apakah yang akan terjadi sekiranya terdapat rintangan insulin dalam badan?
- Tinggi bacaan gula dalam darah
- Mudah ‘craving’ makanan/minuman manis
- Badan akan simpan lebih banyak lemak
- Sukar untuk turunkan berat badan
- Cepat letih
Berikut merupakan langkah praktikal untuk para pesakit bagi meningkatkan fungsi dan sensitiviti insulin di dalam badan.
1. Pastikan makan hidangan yang lengkap dan seimbang
- Gabungan karbohidrat, protein, lemak dan serat dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.
2. Pengambilan protein yang cukup
- Protein tidak menyebabkan kenaikan gula dengan cepat, malah ia membantu memperlahankan penyerapan gula dari makanan.
3. Senaman Strength Training
- Aktiviti fizikal yang bertujuan meningkatkan kekuatan otot. Otot akan menjadi tempat penyimpanan. Oleh itu, semakin banyak otot, semakin stabil bacaan gula.
Dapatkan nasihat yang tepat dan pelan pemakanan yang sesuai dengan keadaan anda dengan berjumpa dietitian kami. Pendekatan yang lebih personal dan terancang boleh membantu anda mengawal Diabetes Mellitus dengan lebih berkesan dan selamat.

