...

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Dt Noor Aina

Dietitian Klinik Ajwa

Berpuasa semasa kehamilan boleh menjadi cabaran, tetapi dengan perancangan makanan yang betul, ibu hamil dapat berpuasa dengan lebih selamat. Berikut saya kongsikan beberapa panduan penting yang boleh ibu ikuti bagi mendapat nutrisi yang cukup sepanjang Ramadan.

1. Konsultasi Bersama Doktor

Ibu disarankan berjumpa doktor terlebih dahulu bagi memastikan kesihatan ibu dalam keadaan baik tanpa merisikokan bayi di dalam kandungan. Setiap fasa kehamilan adalah subjektif, dan faktor seperti usia kandungan, keadaan kesihatan ibu, serta sejarah perubatan perlu dititikberat.

 

2. Pemakanan Semasa Sahur

  • Pilih makanan tinggi serat dan protein 
    • Oat, roti gandum penuh, sayuran berdaun hijau, telur, ayam, ikan, atau kekacang. Makanan ini membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama.
  • Elakkan makanan tinggi garam dan gula kerana boleh menyebabkan kehausan dan keletihan.
    • Makanan segera, snek ringan, dan minuman bergula tinggi.
  • Minum air yang mencukupi 
    • 2-3 gelas untuk mengelakkan dehidrasi.

 

3. Menjaga Kesihatan Semasa Berbuka

  • Perhatikan tanda-tanda bahaya 
    • Pening, lemah melampau, muntah, sakit kepala yang teruk, atau pergerakan bayi berkurangan. 
  • Kurangkan aktiviti berat 
    • Ambil rehat secukupnya pada siang hari untuk elak daripada keletihan.
  • Pastikan posisi duduk atau tidur selesa 
    • Mengelakkan tekanan pada perut dan memastikan aliran darah yang baik.

 

4. Pemakanan Semasa Berbuka

  • Mulakan dengan makanan ringan dan berkhasiat 
    • Kurma dan air kosong untuk mengembalikan tenaga dengan cepat.
  • Elakkan makanan berminyak dan bergoreng yang boleh menyebabkan gangguan pencernaan atau keletihan.
  • Ambil makanan kaya protein dan karbohidrat kompleks 
    • Nasi perang, ikan, ayam, sayur-sayuran, dan kekacang bagi memastikan bekalan tenaga mencukupi.
  • Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi mengelakkan ketidakselesaan perut.
  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter (8-10 gelas sehari).
    • Dibahagikan kepada waktu bersahur, berbuka dan selepas solat tarawih.

 

Jika mengalami sebarang gejala ini, berbukalah dengan segera dab dapatkan nasihat daripada doktor.

  • Rasa pening atau hampir pitam.
  • Sakit kepala yang berpanjangan.
  • Dehidrasi yang jelas seperti bibir kering dan air kencing berwarna gelap.
  • Pergerakan bayi kurang daripada biasa.

 

Nota Penting: Jika ibu hamil mempunyai diabetes kehamilan, tekanan darah tinggi, atau masalah kesihatan lain, rujuk doktor atau pegawai pemakanan sebelum berpuasa.

Semoga ibu-ibu hamil yang berpuasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadan. InsyaAllah 

 

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.