Tambah atau Turun Berat Badan di Bulan Puasa

Dt Noor Aina

Klinik Ajwa Seksyen 7

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai yang mengambil peluang untuk menurunkan berat badan. Secara logiknya, sepanjang bulan puasa kita akan  kurang makan berbanding bulan-bulan yang lain. Tetapi, kalau tidak kena caranya, berat badan seseorang itu boleh bertambah pada bulan tersebut. 

Puasa melibatkan perubahan fisiologi dan metabolism badan kerana dalam  tempoh itu, simpanan glikogen di dalam hati dan otot akan digunakan untuk mangawal  paras glukosa darah. 

Kajian meta-analysis menunjukkan penurunan berat badan berkait rapat dengan permulaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) sebelum berpuasa. Ini bermaksud,  mereka yang berlebihan berat badan atau obese menunjukkan penurunan berat badan  yang ketara disebabkan kehilangan peratusan lemak. Semakin tinggi IJT seseorang, semakin banyak dan ketara penurunan berat badan. 

Antara langkah-langkah untuk memastikan penurunan berat badan yang seperti semua tahu tetapi paling mencabar untuk buat terutama di bulan puasa ini adalah:

 

  1. Menghadkan pengambilan gula ringkas seperti kuih-muih dan air manis.
  2. Pastikan setiap hidangan yang diambil terutama hidangan berbuka, perlu ada 3 komponen nutrient iaitu Karbohidrat (nasi/mee/roti), Protein  (ayam/ikan/telur) & Serat (sayur & buah-buahan). 
  3. Amalkan konsep SPS (Seimbang, Perlbagai, Sederhana). Elakkan makan berlebihan semasa bersahur dan berbuka. Makanan bergoreng, bersantan  serta manis penyumbang kepada jumlah kalori yang tinggi dalam makanan. 
  4. Minum air yang cukup antara waktu berbuka hingga sahur untuk mencegah hidrasi. Tingkatkan pengambilan buah yang tinggi kandungan air seperti  tembikai, oren & nenas. 
  5. Kawal pengambilan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan haus.
  6. Lambatkan sahur untuk melambatkan rasa lapar. 
  7. Melakukan aktiviti fizikal seperti brisk walk minimum 30 minit setiap hari.

 

Akhir sekali, cadangan terbaik dan menjanjikan penurunan berat badan  yang konsisten adalah dengan meneruskan amalan berpuasa secara berkala atau time restricted eating dalam tempoh 8-12 jam bukan sahaja hanya di bulan Ramadhan  sahaja. Ini kerana tempoh 5 minggu selepas Ramadhan adalah sangat kritikal untuk mengekalkan momentum penurunan berat badan. 

Semoga berjaya dan selamat berpuasa dari kami warga Klinik Ajwa.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.