...

Ibu, Adik Teringin Nak Puasa

Dt Noor Aina

Dietitian Klinik Ajwa

Mesti ramai di antara kita yang teruja untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi. Tidak ketinggalan juga anak-anak kita yang tidak sabar untuk mencuba berpuasa pada tahun ini. Jadi, apakah persediaan dan persiapan yang perlu ibu bapa lakukan untuk menjadikan usaha anak-anak ini lebih bermakna di bulan Ramadhan yang mulia.

Persiapan ini termasuklah dari segi ketahanan fizikal anak-anak dan keseimbangan makanan yang diambil sepanjang bulan puasa ini. Ini kerana, mungkin ada ibu bapa yang risau anak-anak mereka tidak mendapat tenaga yang secukupnya serta kekurangan zat atau nutrient sepanjang tempoh berpuasa.

Berikut merupakan DUA TIPS PEMAKANAN SIHAT untuk anak-anak di sepanjang bulan puasa :

  1. Menyediakan makanan yang sihat.
    • Hidangkan makanan yang seimbang dan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka agar anak kekal bertenaga terutama ketika sesi pembelajaran.
    • Gunakan konsep Pinggan Sihat Suku Suku Separuh yang terdiri daripada komponen karbohidrat (nasi, mi, roti), protein (ayam, ikan, daging) dan fiber (sayuran & buahan). Dengan adanya 3 kumpulan makanan yang lengkap ini, anak-anak akan merasa kenyang dalam tempoh yang panjang.
    • Elakkan menghidang makanan proses. Makanan jenis ini mengandungi kandungan garam, gula dan lemak yang sangat tinggi yang hanya akan mengenyangkan perut anak dalam masa yang singkat. Makanan tinggi garam ini juga membuatkan anak-anak akan lebih cepat dahaga.
    • Pastikan pengambilan sayur dan buah sekurangnya 2-3 hidangan setiap hari.

 

2. Pengambilan air yang secukupnya.

    • Pastikan anak minum air kosong secukupnya.
    • Galakkan anak untuk minum susu.
    • Elakkan pemberian air berkafein (teh, koko, kopi).
    • Kurangkan pengambilan air manis/bergula.

 

 

Selain itu, ibu bapa juga perlu peka dengan CABARAN DAN MASALAH yang akan anak-anak hadapi ketika berpuasa. Antaranya ialah:

  1. Letih dan kepenatan
  2. Sembelit
  3. Perut tidak tahan/ masuk angin
  4. Dahaga/ kelaparan

 

Akhir sekali, SOKONGAN DAN DUKUNGAN ibu bapa dalam merealisasikan usaha murni anak-anak ini perlu dititikberatkan. Berikut merupakan contoh-contoh yang boleh dilakukan untuk melatih mereka berpuasa:

  1. Beritahu tentang maksud puasa yang sebenar.
  2. Latih dengan rutin baru seperti bersahur.
  3. Rehat dan makan makanan berkhasiat/ makanan kegemaran.
  4. Buat aktiviti bersama yang menyeronokkan.
  5. Beri ganjaran dan pujian.    

 

Semoga setiap niat dan usaha kita di bulan Ramadhan yang mulia ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT InsyaAllah.

Selamat Berpuasa Dari Kami Warga Klinik Ajwa.

*Rujukan: Panduan Diet Malaysia 2023 untuk Kanak-kanak & Remaja

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.