Erectile Dysfuntion 

Dr Leny Marlina

Klinik Ajwa Seksyen 7

Disfungsi ereksi (ED) ditakrifkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk prestasi seksual yang memuaskan. Keadaan ini sangat subjektif dan boleh membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Di Malaysia, kadar ED didapati meningkat dalam kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas dan sering dikaitkan dengan kebimbangan prestasi (performance anxiety), gaya hidup sedentari, dan kemunculan awal penyakit tidak berjangkit. Kajian NHMS 2019 menunjukkan lebih daripada 21% pesakit mengalami tahap ED yang sederhana –  serius.

 

ED juga merupakan Petanda Penyakit Lain

ED sering dianggap sebagai pintu masuk kepada penyakit lain yang lebih serius. Ia mempunyai kaitan rapat dengan penyakit diabetes, penyakit kardiovaskular, dan kemurungan. Malah, ED juga dikatakan mempunyai “masa mendahului” (lead time) selama dua tahun sebelum kemungkinan berlakunya serangan jantung. Oleh itu, pesakit sangat digalakkan untuk merujuk pesakit ED kepada pakar kardiologi untuk penilaian asas, seperti ujian tekanan (stress test), bagi mencegah kejadian serangan jantung pada masa hadapan.

Pengurusan dan Rawatan

Penilaian : Soal selidik International Index of Erectile Function (IIEF-5) digunakan untuk mengukur tahap ED secara objektif dan bagi memantau keberkesanan rawatan.

Modifikasi Gaya Hidup

Ini adalah langkah asas bagi semua pesakit, antaranya termasuk :-

  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan berat badan
  • Menjaga diet
  • Melakukan aktiviti fizikal seperti angkat berat untuk meningkatkan fungsi kardiovaskular serta penghasilan testosteron

 

Rawatan Perubatan 

Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan ubat-ubatan.  Penggunaan ubat harian yang diambil setiap hari juga amat berguna untuk pesakit yang mempunyai gejala saluran kencing bawah (LUTS) dan ED serentak. Kesannya pesakit boleh membuang air kecil dengan lebih baik dan membolehkan hubungan seksual berlaku secara spontan tanpa perlu merancang waktu pengambilan ubat mengikut kalendar Sekiranya pesakit tidak menunjukkan peningkatan selepas pengambilan ubat, mereka harus dirujuk kepada doktor pakar urologi untuk pilihan rawatan yang lebih invasif atau melalui pembedahan.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.