Pendidikan Seksual dan Reproduktif

Dr. Leny Marlina

Klinik Ajwa Seksyen 7

Situasi di Malaysia dan langkah pencegahan.

 

Pendidikan ini bukan sekadar tentang isu seks, tetapi tentang memahami konsep jantina, peranan, dan tanggungjawab. Ia penting untuk:
Menghapuskan rasa ingin tahu yang tidak sihat: memastikan anak-anak mendapat maklumat yang tepat daripada ibu bapa dan bukannya mencari sumber yang salah atau “pelik” di internet.

Memahami peranan jantina: Membantu anak-anak mengenali identiti lelaki dan perempuan serta tanggungjawab masing-masing.

Menyedari bahaya akibatnya: Memberi amaran tentang risiko hubungan seksual rambang, seperti kehamilan luar nikah dan jangkitan penyakit.

Tips perlindungan diri: Memperkasakan anak-anak supaya tidak menjadi mangsa gangguan atau jenayah seksual.

 

Prinsip Utama dalam Mendidik.
1. Pendidikan Mengikut Umur: Cara penyampaian maklumat kepada kanak-kanak berumur 2 tahun tidak boleh disamakan dengan golongan remaja.

2. Membina Pasukan (Teamwork): Ibu bapa perlu bekerjasama dan mempunyai persefahaman yang sama sebelum berbincang dengan anak-anak.

3. Komunikasi yang Jelas dan Terang: Gunakan istilah anatomi yang betul (seperti zakar, faraj, atau buah dada) dan bukannya nama samaran yang mengelirukan.

4. Keizinan (Consent): Ajar konsep meminta izin seawal usia 2 tahun, contohnya sebelum membersihkan anggota sulit anak, supaya mereka tahu hak atas tubuh badan sendiri.

5. Menyemai Sifat Malu (Al-Haya): Tanamkan nilai malu sejak kecil, seperti tidak menukar pakaian atau lampin di hadapan orang lain.

 

Panduan Mengikut Tahap Umur
1. Umur 2 hingga 6 Tahun: Fokus kepada menamakan bahagian badan dengan betul, mengenali perbezaan jantina, dan menjaga kebersihan.

2. Umur 6 hingga 9 Tahun: Mula mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan serta mengajar adab meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa,

1. Umur 9 hingga 12 tahun: Persediaan menghadapi alam baligh (seperti haid dan mimpi basah), perubahan fizikal, dan pengurusan emosi (seperti perasaan suka atau crush pada orang lain.

 

Hubungan dengan Nilai Agama :
Setiap perbincangan harus disandarkan kepada tujuan hidup kita sebagai manusia dan hubungan dengan Tuhan.

Ibu bapa perlu menekankan bahawa hubungan intim adalah sesuatu yang mulia dan hanya dibenarkan melalui ikatan perkahwinan yang sah sahaja.

 

Sumber
Teks ucapan Dr Nik Sumayyah Nik Mohd Nor.
Obstetric & Gynaecologist.
Dari Modul Malaysia Against Pornography.

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.