Sarcopenia dan Risiko Ketika Penuaaan

Dr. Leny Marlina

Klinik Ajwa Seksyen 7

Sarcopenia ialah kehilangan jisim otot yang berlaku secara semula jadi dan progresif apabila usia semakin meningkat.

Apakah yang akan berlaku?

  • Badan akan rasa penat dan letih
  • Masalah apabila menaiki tangga
  • Berjalan dengan perlahan
  • Hilang keseimbangan badan
  • Risiko jatuh dan patah tulang

Kesan Klinikal:

  • Meningkatkan risiko jatuh
  • Kerapuhan (frailty)
  • Kemasukan ke hospital
  • Hilang upaya
  • Kematian

Risiko Fenotip Asia:

Simpanan otot asas yang lebih rendah dan lemak perut (visceral adiposity) yang lebih tinggi meningkatkan risiko sarcopenia. Kesihatan otot sangat kritikal kerana otot boleh merosot sebanyak 1% setiap tahun.

Tips Untuk Mengekalkan atau Meningkatkan Jisim Otot:

  1. Kekalkan stamina dengan senaman.
  2. Diet yang kaya dengan protein amat diperlukan.

Kepentingan Sarcopenia di Asia:

Wilayah Paling Cepat Menua: Asia sedang menua lebih cepat daripada wilayah lain di dunia.Malaysia dijangkakan menjadi negara menua (aging country) menjelang tahun 2035 dan negara tua (aged country) menjelang tahun 2050.

Proses Penilaian (Assessment):

Untuk memeriksa sama ada pesakit mempunyai masalah otot, penilaian berikut harus dilakukan:

  • Kekuatan Genggaman Tangan (Handgrip Strength): Langkah pertama untuk memeriksa kekuatan fizikal kerana kaedah ini jauh lebih murah dan mudah untuk kegunaan di peringkat komuniti.
  • Mengukur Jisim Otot (Muscle Mass): Menggunakan imbasan DEXA atau mesin yang mengira Skeletal Muscle Index (SMI).

Saringan Awal Proses Penilaian Nutrisi:

1. MNA-SF (Mini Nutritional Assessment – Short Form):

Untuk saringan risiko kekurangan zat makanan.

Item yang dinilai:

  • Ambilan makanan
  • Penurunan berat badan
  • Mobiliti
  • Penyakit akut / stres psikologi
  • Masalah neuropsikologis seperti demensia
  • BMI atau ukuran lilitan betis


Keputusan Skor:

  • 12–14: Normal
  • 8–11: Berisiko
  • 0–7: Kurang zat makanan

2. SNAQ (Simplified Nutritional Appetite Questionnaire):

Soal selidik berkenaan selera makan untuk mengesan risiko penurunan berat badan.Risiko Ketara: Skor ≤14 menunjukkan risiko tinggi kehilangan 5% atau lebih berat badan dalam masa 6 bulan.

Sarkopenia Berlaku:

Sarkopenia berlaku jika kedua-dua kekuatan dan jisim otot berada di bawah tahap normal.Keputusan bacaan menggunakan komposisi body analysis boleh dinilai dengan melihat keputusan SMI (Skeletal Muscle Index).

Nilai Ambang (Cut-off Values) bagi SMI:

  • Wanita: Normal > 5.7
  • Lelaki: Normal > 7.6

Keperluan Protein dan Tenaga:

  • Sasaran Protein: Secara amnya 1.2–1.5 g/kg berat badan sehari untuk mereka yang mempunyai sarcopenia atau penyakit kronik.
  • Kaedah Tapak Tangan (The Palm Method): Satu bahagian saiz tapak tangan (tanpa jari) membekalkan kira-kira 20–25 g protein.
  • Sasaran Harian: 3 tapak tangan — satu untuk setiap waktu makan utama.
  • Keperluan Tenaga: Garis panduan mencadangkan kira-kira 30 kcal/kg berat badan sehari, dilaraskan mengikut status kesihatan. Contohnya, 32–38 kcal/kg untuk warga emas yang kurang berat badan.

Sumber Protein dan Leucine:

Leucine ialah sejenis asid amino penting yang memainkan peranan penting dalam sintesis protein otot, pemulihan sel otot dan kesihatan metabolik keseluruhan.
Sasaran Leucine: 2–3 g leucine bagi setiap hidangan untuk merangsang sintesis protein otot.

Sumber Haiwan Terbaik:

  • Dada ayam
  • Ikan seperti salmon dan tuna
  • Telur
  • Udang

Sumber Tumbuhan:

  • Tempe
  • Kacang soya kering
  • Tauhu
  • Edamame


Faktor Gaya Hidup dan Tambahan:

  • Kesan “Snek Aktiviti”: Menghentikan waktu duduk yang lama setiap 30 minit dengan aktiviti ringkas seperti mencangkung atau berjalan selama 2 minit boleh membantu merangsang aktiviti otot.
  • Vitamin D: Sangat penting untuk kekuatan otot dan pencegahan risiko jatuh, terutamanya bagi mereka yang kekurangan vitamin ini.
  • Suplemen: Kajian menunjukkan manfaat tambahan yang minimum apabila digabungkan dengan senaman berbanding senaman sahaja untuk kekuatan otot.


Kesimpulan dan Langkah Pencegahan:

  • Saringan awal: SARC-F & MNA-SF di peringkat penjagaan primer adalah sangat penting.
  • Protein adalah utama: Pastikan ambilan protein mencukupi dan diagihkan secara rata dalam setiap hidangan. Sasaran 1.2–1.5 g/kg/hari atau 1 tapak tangan setiap hidangan.
  • Nutrisi + Senaman: Gabungan nutrisi yang mencukupi dengan latihan rintangan (resistance training) adalah piawaian terbaik (gold standard).


Lain-lain:

  • Rawat kekurangan Vitamin D
  • Omega-3
  • Antioksidan
  • Microbiome usus yang sihat
  • Suplemen boleh membantu
  • Sumber cahaya matahari


Ayuh Mulakan Langkah:

  • Saring semua individu berumur >65 tahun.
  • Koordinasi bersama pasukan multidisiplin.
  • Praktikkan peraturan “3 tapak tangan protein sehari” & snacking exercise.

Sumber:

Dr Chong Chin Pang (Clinical Dietitian, KK Jinjang)
InBody Team

Related Topics

Explore some other topics that might interest you.