Epidemiologi dan Statistik Diabetes
Di peringkat global, dianggarkan 1 daripada 10 orang dewasa (umur 20–79 tahun) menghidap diabetes, manakala 1 daripada 2 orang tidak didiagnosis. Di Malaysia, 1 daripada 6 orang dewasa menghidap diabetes Jenis 2, dan terdapat juga jumlah pesakit pradiabetes yang sangat besar. Ramai pesakit di Malaysia tidak mencapai sasaran HbA1c di bawah 7%, dengan sebahagian besar mengalami masalah obesiti dan penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Lima Tips Pengurusan Diabetes terkini:
1. Pengurusan Glisemik: Mengawal tahap gula dalam darah
2. Pengurusan Tekanan Darah: Penting untuk mencegah komplikasi kardiovaskular
3. Pengurusan Lipid: Mengawal kolesterol
4. Ejen Perlindungan Organ Penggunaan ubat yang melindungi jantung dan buah pinggang
5. Pengurusan Berat Badan: Ini adalah tips yang baru dan kini menjadi tumpuan utama dalam perbincangan rawatan
Sasaran Utama Kawalan (Key Targets)
Berdasarkan garis panduan di Malaysia, sasaran yang perlu dicapai adalah:
HbA1c: Kurang daripada 7.0% ( atau kurang daripada 6.5% bagi sesetengah pesakit).
Gula Darah Puasa (Fasting Sugar):
Antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L
Gula Darah 2 Jam Selepas Makan: Antara 4.4 hingga 8.5 mmol/L
Kepentingan Kawalan Awal
Kelewatan dalam mempertingkatkan dos rawatan (inersia terapeutik) meningkatkan risiko serangan jantung (MI), strok, dan kegagalan jantung. Kawalan awal dalam tahun pertama diagnosis sangat penting kerana ia memberi perlindungan jangka panjang daripada komplikasi mikrovaskular dan kematian berkaitan diabetes.
Jenis Rawatan dan Ubat-ubatan
Metformin: Ubat asas yang berkesan, neutral terhadap berat badan, dan mempunyai manfaat kardiovaskular yang terbukti
Sulfonilurea (SU): Berkesan menurunkan gula tetapi berisiko menyebabkan kenaikan berat badan dan hipoglisemia ( tahap gula terlalu rendah)
DPP-4 inhibitir (Sitagliptin): Mempunyai risiko hipoglisemia yang rendah, bersifat neutral terhadap berat badan, dan terbukti selamat untuk jantung serta buah pinggang
SGLT2 inhibitor : Memberikan manfaat perlindungan jantung dan buah pinggang serta membantu penurunan berat badan
Gabungan Dos Tetap (Fixed-Dose Combination) dalam satu tablet dapat memudahkan rawatan dengan mengurangkan jumlah pil yang perlu ditelan, sekali gus meningkatkan kepatuhan pesakit dan memperbaiki fungsi sel beta.
Pengurusan diabetes yang berkesan memerlukan perbincangan dengan pesakit untuk mengenal pasti matlamat rawatan. Langkah pertama adalah menangani cabaran glisemik, diikuti dengan pengurusan berat badan, dan akhirnya mengoptimumkan faktor risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, kolesterol, dan amalan berhenti merokok.